fbpx
Now Reading
Selebriti Pandu Secara Melulu Akibat Gaduh Dengan Kekasih Ditahan Polis [Video]

Selebriti Pandu Secara Melulu Akibat Gaduh Dengan Kekasih Ditahan Polis [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, hasil daripada pelanggaran itu menyebabkan penumpang hadapan yang juga kekasihnya berusia 25 tahun tercampak keluar dan mengalami kecederaan ringan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1607998615028633600?s=20&t=JWTEjGVr2xxw87gYXennOg

Tindakan seorang pelakon memandu kereta secara berbahaya menyebabkan seorang penumpang wanita tercampak keluar dari kenderaan itu dalam kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Hulu Kelang, semalam (28 Disember).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kemalangan yang turut tular di media sosial membabitkan dua kenderaan itu berlaku pada jam 5.30 petang.

Pemandu tukar lorong secara zigzag hingga hilang kawalan

Menurutnya, kemalangan itu dipercayai berlaku selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandu selebriti yang juga pelakon sambilan berusia 30 tahun itu menukar lorong secara zigzag hingga hilang kawalan.

“Kereta itu kemudian hingga terlanggar bahagian sisi kiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kekasih tercampak keluar, alami cedera ringan

Menurutnya lagi, hasil daripada pelanggaran itu menyebabkan penumpang hadapan yang juga kekasihnya berusia 25 tahun tercampak keluar dan mengalami kecederaan ringan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku akibat kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.

“Difahamkan ketika kejadian, lelaki itu bertengkar dengan kekasihnya yang juga penumpang wanita yang tercampak dalam kejadian itu,” katanya lagi.

Jelas Mohamad Farouk, kedua-dua pemandu kenderaan yang terlibat kemalangan itu telah tampil membuat laporan di balai polis, semalam

“Pemandu Myvi itu ditahan untuk siasatan lanjut. Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Pencegahan Jenayah (KPJ) akan dipohon, esok.

“Hasil ujian awal air kencing dilakukan terhadap suspek berkenaan didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093 bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Video Myvi dipandu secara berbahaya tular di media sosial

Terdahulu, tular di media sosial  satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi generasi pertama dipandu secara melulu hingga terlibat kemalangan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.