fbpx
Now Reading
Tular Panjat Puncak Menara Merdeka 118, Pasangan Rusia Akan Dipanggil Polis [Video]

Tular Panjat Puncak Menara Merdeka 118, Pasangan Rusia Akan Dipanggil Polis [Video]

Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, kedua-dua individu terbabit akan disiasat atas tuduhan menceroboh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila dua individu dari luar negara memuat naik gambar dan video mereka sedang berdiri di atas puncak Menara Merdeka 118.

Susulan itu, Polis sedang mengesan pasangan terbabit yang dipercayai warga Rusia kerana disyaki menceroboh menara terbabit tanpa keizinan pengawal keselamatan yang bertugas.

Polis akan panggil untuk rakam keterangan

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, pasangan itu akan dipanggil untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat.

“Kedua-dua individu terbabit akan disiasat atas tuduhan menceroboh,” katanya pada Selasa lalu (27 Disember).

Jadi bualan netizen selepas tular gambar mereka di atas puncak menara

Terdahulu, pasangan yang dikatakan terkenal dengan aksi memanjat puncak pencakar langit itu menjadi bualan hangat rakyat Malaysia selepas gambar mereka berdua di puncak menara berkenaan dimuat naik di sebuah forum dalam talian.

Forum tersebut yang dikenali sebagai Skyscrapper City itu merupakan sebuah komuniti yang mengumpulkan pencinta pencakar langit, perancangan bandar dan struktur bangunan dari serata dunia.

Salah seorang dari mereka berkongsi gambar di Instagram

Salah seorang daripada pasangan tersebut turut berkongsi gambar dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya sambil menceritakan mengenai menara tersebut yang dipenuhi kamera litar terutup (CCTV).

“Saya mendengar pelbagai cerita berkenaan cubaan memanjat menara ini tanpa kebenaran. Yang paling sedih sehingga dipenjara beberapa bulan.

“Ada banyak pintu tertutup dan CCTV di dalam menara berkenaan. Perkara itu membuatkan ia menara yang paling diidamkan di seluruh dunia,” katanya.

Video IG reels

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.