fbpx
Now Reading
Mahkamah Bebaskan Ahmad Zahid, Pihak Pendakwaan Failkan Petisyen Rayuan

Mahkamah Bebaskan Ahmad Zahid, Pihak Pendakwaan Failkan Petisyen Rayuan

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pengurusan kes yang membabitkan Ahmad Zahid itu pada 10 Januari 2023 sementara menunggu rekod berkenaan disiapkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (29 Disember), pihak pendakwaan memfailkan petisyen rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan kes Sistem Visa Luar Negara (VLN) dan pusat sehenti.

Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan daripada 40 pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat untuk menyambung kontrak berkaitan sistem VLN dan pusat sehenti di China pada 23 September lalu.

Petisyen senaraikan 15 alasan mengapa pembebasan Ahmad Zahid perlu dibatalkan

Laporan FMT memetik sumber berkata, petisyen itu menyenaraikan 15 alasan mengapa Mahkamah Rayuan perlu menarik balik pembebasan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dan mengarahkannya untuk membela diri atas pertuduhan berkenaan.

Rayuan itu difailkan di Mahkamah Rayuan selepas pihak pendakwaan menerima rekod rayuan daripada pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, minggu lalu.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pengurusan kes pada 10 Januari 2023 sementara menunggu rekod berkenaan disiapkan.

Mahkamah Tinggi lepas dan bebaskan Ahmad Zahid dari 40 pertuduhan

Terdahulu, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 pertuduhan menerima rasuah daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) mengenai kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan sisten VLN.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa memerintahkan Ahmad Zahid dibebaskan daripada semua pertuduhan utama dan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009/Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.