fbpx
Now Reading
Tukang Masak Maut Gara-gara Bungkusan Dipegangnya Meletup Di Pandan Indah

Tukang Masak Maut Gara-gara Bungkusan Dipegangnya Meletup Di Pandan Indah

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, mangsa mengalami kecederaan serius pada tubuh badan dan tangan akibat letupan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang tukang masak maut akibat terkena letupan dari bungkusan yang diletak di atas keretanya di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya, malam tadi (29 Disember).

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam, mangsa yang berusia 28 tahun dilaporkan mahu mengalih sebuah bungkusan diletakkan di atas keretanya jenis Toyota Corolla Altis, selepas dia dimaklumkan oleh rakan sekerja mengenai bungkusan itu.

Kereta mangsa parkir di hadapan restoran terbabit (Foto: PDRM)

Bungkusan meletup secara tiba-tiba sebaik dipegang

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bungkusan dalam plastik itu bagaimanapun dipercayai meletup secara tiba-tiba sebaik saja mangsa memegangnya.

“Letupan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius pada tubuh badan dan tangan.

“Susulan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang oleh orang awam, namun disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 malam ketika sedang menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi.

Kereta milik mangsa turut terbakar di bahagian depan

Jelas Mohamad Farouk, letupan itu juga menyebabkan bahagian hadapan kereta milik mangsa terbakar.

Menurutnya lagi, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor turut bergegas ke lokasi untuk memadam kebakaran itu.

“Polis menemui beberapa objek dipercayai bahan letupan yang digunakan, berhampiran lokasi kejadian tetapi masih menyiasat perkara berkenaan,” katanya lagi.

Pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menjalankan siasatan di lokasi kejadian sejak 9.30 malam hingga 1.30 pagi.

Turut berada di lokasi ialah pasukan Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Pemusnah Bom (URB) dan Unit Anjing Pengesan (K9).

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan jenayah bunuh.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.