“Surat Telah Dihantar..” – Dr Amalina Saman Portal Guna Tajuk Clickbait Isu Sunat Bayi Perempuan

Doktor bedah kelahiran Malaysia yang berpangkalan di London, Dr Nur Amalina Che Bakri telah menghantar surat saman kepada beberapa tabloid tempatan berkaitan isu sunat membabitkan bayi perempuannya.

Dr Amalina menerusi satu bebenang di Twitter pada Isnin (2 Disember) berkata, media-media terbabit telah menggunakan tajuk yang berbentuk ‘clickbait’ dan memutarbelitkan kenyataan beliau dalam isu berkenaan.

Laporan tersebut menyebabkan timbulnya pelbagai komen lucah dan jelik di Facebook yang telah dilontarkan terhadap anaknya.

“Peguam saya telah pun mengemukakan surat saman terhadap tabloid-tabloid terlibat pada hari ini (2 Dis). Saya tidak berniat sama sekali menyekat kebebasan media, tetapi dalam hal ini media ini telah melangkaui batas dan ia tidak boleh berterusan.”

Dr Amalina

Tambah pakar bedah itu lagi, surat saman yang dihantar tidak menuntut sebarang wang ringgit kerana itu bukanlah tujuan utama beliau, sebaliknya Dr Amalina hanya memohon tiga perkara iaitu:

  • Media terlibat menurunkan artikel berkaitan.
  • Tidak lagi memaparkan berita berbentuk sensasi sebegini terhadap beliau pada masa hadapan.
  • Membuat permohan maaf secara terbuka kepada beliau dalam tempoh tujuh hari.

Dr Amalina juga bakal ambil tindakan terhadap beberapa individu keluar komen jelik di FB

Meskipun tidak menyebut mana-mana tabloid, beliau menegaskan pihak media seharusnya menyiarkan berita secara tepat dan beretika.

Beliau juga bakal mengambil tindakan terhadap beberapa individu yang telah mengeluarkan komen jelik tersebut di media sosial.

“Saya juga tidak ingin kes ini berlanjutan ke mahkamah jika pihak terlibat boleh memberikan kerjasama.

“Semoga kes ini akan menjadi pengajaran kepada pihak tabloid supaya lebih berhati-hati apabila menulis artikel dan supaya ia menjadi pengajaran kepada orang ramai apabila menulis komen terutama sekali apabila ia melibatkan bayi dan kanak-kanak di bawah umur..

“Saya juga akan selepas ini mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menulis komen berbentuk lucah dan jelik di Facebook.”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

11 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

11 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

11 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

13 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

14 hours ago