fbpx
Now Reading
Gara-Gara Tertekan Isteri Minta Duit, Lelaki Di Johor Nekad Buat Laporan Palsu Konon Disamun

Gara-Gara Tertekan Isteri Minta Duit, Lelaki Di Johor Nekad Buat Laporan Palsu Konon Disamun

Dalam laporan polis itu, pengadu mendakwa dia telah diacukan senjata pisau ke arah dirinya hingga terpaksa menyerahkan wang RM300 dan jam G-Shock miliknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hanya kerana berdepan masalah kewangan, seorang lelaki di Pontian, Johor sanggup membuat laporan palsu kononnya dia disamun oleh dua lelaki pada Selasa (3 Disember) pagi.

Perbuatan tidak bertanggungjawab lelaki itu bagaimanapun akhirnya memakan diri apabila dia ditahan oleh pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, lelaki berusia 30 tahun itu pada mulanya telah membuat laporan polis mendakwa dia telah disamun oleh dua lelaki di Jalan Parit Kassim.

Dalam laporan itu, pengadu mendakwa dia telah diacukan senjata pisau ke arah dirinya. Kedua-dua lelaki tersebut kemudiannya telah mengambil wang tunai sebanyak RM300 serta sebuah jam tangan berjenama ‘G- Shock ‘.

Siasatan polis dapati aduan adalah palsu

Namun siasatan yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Pontian kemudiannya mendapati laporan tersebut adalah palsu. Polis kemudiannya bertindak menahan lelaki tersebut.

Pengadu telah mengalami masalah kewangan dan gagal mengikuti kehendak isterinya yang meminta duit serta gagal menunjukkan lokasi sebenar kejadian tersebut,” katanya dipetik dari Kosmo.

Terdahulu semalam, tular di media sosial satu laporan polis yang dibuat oleh pengadu yang kononnya dia telah disamun oleh dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha Lagenda berwarna kuning tanpa nombor pendaftaran.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.