fbpx
Now Reading
Pemantauan Kemasukan Pengembara Luar Diperketatkan Tanpa Diskriminasi Pada Mana-mana Negara, Kata PM [Video]

Pemantauan Kemasukan Pengembara Luar Diperketatkan Tanpa Diskriminasi Pada Mana-mana Negara, Kata PM [Video]

Tambah beliau lagi, soal pelancongan dan pertumbuhan ekonomi tidak boleh mengatasi keutamaan kerajaan dalam mengawal dan merawat rakyat dari Covid-19.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (4 Januari) mengumumkan kerajaan akan memperketatkan kemasukan pengembara asing ke dalam negara.

Menurut Anwar, perkara itu diputuskan tanpa ragu sewaktu mesyuarat Kabinet yang berlangsung sebentar tadi demi menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia yang menjadi fokus utama kerajaaan.

Ia bagaimanapun akan diadakan secara adil, saksama, dan tanpa sebarang diskriminasi terhadap semua pengembara asing dari seluruh dunia termasuk China.

Ini kerana lonjakan kes turut berlaku di banyak negara lain antaranya di Amerika Syarikat.

Ekonomi dan pelancongan tak boleh mengatasi kepentingan rakyat

Tambah beliau lagi, soal pelancongan dan pertumbuhan ekonomi tidak boleh mengatasi keutamaan kerajaan dalam mengawal dan merawat rakyat dari Covid-19.

“Kita ambil keputusan yang sangat tegas tanpa sebarang tolak ansur.

“Kemasukan rakyat asing di pusat imigresen akan dikawal dengan lebih ketat lagi tanpa mengira mana-mana negara terutama dari negara yang mempunyai jumlah yang lebih tinggi. Ia dipantau secara terus tanpa sebarang kelonggaran syarat,” kata Perdana Menteri.

Terdahulu KKM membuat pengumuman akan meningkatkan kaedah pembendungan penularan jangkitan Covid-19 dalam negara serta kesiapsiagaan bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan peningkatan kes tersebut.

Ianya selepas timbul kebimbangan di kalangan rakyat berhubung kenaikan kes Covid-19 di negara Timur Asia itu. Malah beberapa negara sudah mula menyekat atau sekuranyg-kuranyg memperketakan proses kemasukan pengembara dari negara tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham bagaimanapun mengesahkan Varian BA.5.2 dan BF.7 COVID-19 yang sedang menular di China sebenarnya sudah berada di Malaysia pada Mac dan Ogos tahun lalu.

Baca artikel berkaitan:

96.5% Sampel Air Kumbahan Pesawat Dikesan Miliki Virus Covid-19 – KKM

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.