fbpx

“Tanpa Kompromi..” – PDRM Jamin Laksana Siasatan Telus Kes Pegawai Polis Didakwa Rogol Remaja

Suspek sudah pun ditahan dan kini direman sehingga 5 Januari untuk tujuan siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini kami ada berkongsi mengenai kisah seorang remaja wanita yang mendakwa telah dirogol oleh seorang pegawai polis berpangkat Inspektor di Kedah pada 28 Disember yang lalu.

Insiden yang mengejutkan itu difahamkan berlaku apabila mangsa dipanggil oleh Inspektor berusia 30-an itu ke pejabat suspek di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi membantu siasatan berhubung kes dakwaan rogol oleh gadis tersebut melibatkan bapa tirinya.

Namun siasatan bertukar menjadi sebaliknya apabila dia diminta membuka pakaian sebelum dirogol selama 30 minit.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada Sabtu (31 Disember) hingga menjurus kepada penahanan suspek.

Baca artikel berkaitan : Remaja Dakwa Dirogol Pegawai Polis, Kesan Air Mani Ditemui Pada Cadar & Sarung Bantal

Terbaharu, Ketua Polis Kedah CP Datuk Wan Hassan Wan mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini (4 Disember) berkata, suspek merupakan seorang pegawai kanan polis yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah di IPD Yan, Kedah.

Suspek juga merupakan pegawai penyiasat kes (IO) yang menguruskan satu lagi kes pengadu dan insiden berlaku kira-kira pukul 6.25 petang, 28 Disember.

Tambah beliau lagi, suspek sudah pun ditahan dan kini direman sehingga 5 Januari untuk tujuan siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Kes akan disiasat dengan adil- Ketua Polis Kedah

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan bahawa siasatan kes akan diadakan secara telus, adil dan saksama.

Langkah sewajarnya juga akan diambil bagi memastikan siasatan tersebut diselesaikan segera termasuk menyerahkan siasatan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai agensi penguatkuasa utama negara. Polis Kedah memberi jaminan siasatan yang telus, adil dan saksama akan dilaksanakan dengan kertas siasatan juga bakal dirujuk kepada pengarah pendakwaan negeri dalam kadar segera agar penjenayah dapat dibawa ke muka pengadilan walaupun merupakan warga PDRM, tanpa kompromi.”

Ketua Polis Kedah CP Datuk Wan Hassan Wan
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.