fbpx
Now Reading
Niat Nak Beli Kad NFC Touch ‘N’ Go Murah, Sekali Kena Scam RM23,000
Kad TNG NFC

Niat Nak Beli Kad NFC Touch ‘N’ Go Murah, Sekali Kena Scam RM23,000

Kata Ketua Polis Pahang itu, mangsa pada awalnya menekan capaian iklan jualan kad TnG NFC di Facebook sebelum menyedari wang di dalam akaun bank lesap.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Saban hari pasti ada sahaja kisah mengenai mangsa yang terpedaya dengan jenayah scam.

Malah mereka apa yang lebih menyedihkan, mangsa terpaksa menanggung kerugian yang amat banyak apabila wang di dalam bank lesap diambil si scammer.

Lelaki terpaksa tanggung rugi RM21,514.70, kerana nak beli kad TnG NFC

Terbaharu, seorang lelaki turut menjadi mangsa apabila wang sebanyak RM21,514.70 lesap selepas terpedaya dengan individu yang menyamar kononnya adalah ejen jualan kad Touch ‘N’ Go (TnG) NFC.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf memaklumkan mangsa yang juga seorang pegawai latihan vokasional berumur 55 tahun dipercayai melihat satu iklan menjual kad TnG NFC murah di aplikasi Facebook pada Rabu (4 Januari) lalu.

“Mangsa berminat dengan tawaran pakej keluarga iaitu empat keping kad TnG NFC bernilai RM32 dan telah menekan capaian yang diberikan melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa kemudian telah mengisi maklumat akaun Bank seperti nama pengguna dan kata laluan untuk proses pembayaran tetapi tidak berjaya,” jelas ketua polis itu.

Sedar duit dalam bank lesap lepas isi butiran peribadi

Kata beliau, mangsa kemudian membuat semakan dan menyedari wang di dalam akaun bank miliknya telah lesap tanpa pengetahuannya.

“Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut pada Khamis (5 Januari).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya lagi.

Ekoran itu, pihak Polis Kontinjen Pahang telah menasihatkan orang awam agar tidak memuat turun sebarang aplikasi yang tidak berkaitan.

“Jangan dedahkan butir-butir perbankan kepada pihak ketiga ataupun di dalam seberang aplikasi daripada capaian yang mencurigakan,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.