fbpx
Now Reading
Arab Saudi Lulus 31,600 Kuota Haji Jemaah Malaysia – Menteri Agama

Arab Saudi Lulus 31,600 Kuota Haji Jemaah Malaysia – Menteri Agama

Di dalam mesyuarat tersebut, Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi turut memuji negara Malaysia khususnya Tabung Haji (TH) atas pengendalian haji yang terbaik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang patut dicontohi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas dua tahun berdepan pandemik, kuota haji jemaah Malaysia kini kembali meningkat kepada 31,600.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, kelulusan itu diberikan oleh Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabia dalam satu mesyuarat khas pada Isnin (9 Januari).

Mesyuarat ini difahamkan berlangsung sempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 yang dianjurkan Kerajaan Arab Saudi.

“Mesyuarat khas tersebut berlangsung dengan penuh mahabbah khususnya membincangkan aspek persiapan Musim Haji Tahun 1444H/2023M.

“Di dalam mesyuarat tersebut, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah telah memuji negara Malaysia khususnya pihak Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengendalian haji yang terbaik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang patut dicontohi,” kata beliau yang kini berada di Arab Saudi.

Tambah Dr Naim lagi, beliau juga menegaskan TH akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah haji Malaysia dan akan mematuhi ketetapan diadakan Kerajaan Arab Saudi.

“Saya yakin penilaian telah dibuat dalam semua aspek bagi memastikan keselamatan bakal-bakal jemaah haji dari seluruh dunia terjamin semasa menunaikan rukun Islam yang ke-lima

“Saya ingin memohon kepada semua umat Islam dapat bersama-sama berdoa kepada Allah SWT agar mempermudahkan perjalanan haji tahun ini serta mendoakan semoga pihak TH dapat menguruskan jemaah haji Malaysia dengan baik dan lancar,” kata beliau lagi.

Arab Saudi umum tiada sekatan umur

Memetik Bernama, Dr Tawfiq Fawzan sewaktu upacara pembukaan persidangan dan pameran ‘Ekspo Haji 2023’ di Arab Saudi turut mengumumkan tiada lagi sebarang had usia seperti tahun terdahulu.

“Saya hendak umumkan satu berita gembira. Jumlah jemaah haji sejak tercetusnya pandemik pada 1441 Hijrah (2020 Masihi), Arab Saudi telah mengenakan sekatan bilangan dan usia tertentu untuk menunaikan haji.

“Pada musim 1444 Hijrah (tahun ini), ia akan kembali seperti sebelum pandemik, tanpa sebarang sekatan umur,” katanya.

Sebagai info, kerajaan Arab Saudi pada 2022 telah meluluskan 14,306 kuota haji Malaysia iaitu 45% daripada kuota tahunan yang biasa diterima Malaysia.

Ianya berikutan pandemik Covid-19 yang masih menyerang banyak negara pada waktu itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.