fbpx
Now Reading
Beruang Gali Kubur & Makan Mayat Wanita Di Kelantan

Beruang Gali Kubur & Makan Mayat Wanita Di Kelantan

Menurut suami mendiang, dia menyedari kejadian itu selepas melihat kubur mendiang digali oleh beruang terbabit pada sekitar pukul 9.20 pagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penduduk Orang Asli di Kampung Dakoh, Pos Balar, Gua Musang mendakwa seekor beruang telah menggali kubur dan memakan mayat penduduk di sana.

Menurut laporan Utusan, lebih 100 penduduk kampung mengatakan kejadian yang berlaku pada 27 Disember lalu menyebabkan sebahagian tubuh badan seorang wanita iaitu Amek Along yang berusia 48 tahun yang meninggal dunia lebih sebulan lalu telah dimakan haiwan itu.

Suami lihat kubur isteri digali beruang pada waktu pagi

Suami Amek, Mazlan Aluij yang berusia 50 tahun berkata, dia menyedari kejadian itu pada 26 Disember lalu selepas melihat kubur mendiang digali oleh beruang terbabit pada sekitar pukul 9.20 pagi.

Menurut Mazlan, isterinya meninggal dunia di Hospital Gua Musang akibat serangan angin ahmar pada 1 Disember lalu dan dikebumikan di kawasan Perkuburan Kampung Dakoh, Pos Balar pada hari sama.

“Sebelum kejadian, menjadi rutin saya dan lima anak melawat dan membersihkan kubur mendiang isteri yang terletak 300 meter daripada rumah.

“Namun, pada 26 Disember lalu, saya bersama anak datang untuk membersihkan kubur seperti biasa dan melihat ada kesan tapak kaki serta najis beruang di kawasan kubur isteri,” katanya semalam (9 Disember).

Terkejut tengok cebisan anggota badan mendiang isteri yang sudah dimakan

Ujar Mazlan, dia bersama anaknya terkejut selepas melihat cebisan anggota badan mendiang isteri yang dipercayai sudah dimakan beruang dan harta benda yang diletakkan di kawasan kubur juga dirosakkan.

“Kami yakin beruang itu masih berkeliaran di kawasan kampung dan baru-baru ini haiwan itu hampir menyerang anjing peliharaan saya,” katanya lagi.

Laporan kepada Perhilitan dan polis sudah dibuat

Jelasnya, laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sudah dibuat agar tindakan segera dapat diambil. Beliau juga tekah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Gua Musang demi keselamatan penduduk kampung itu.

Untuk info, menurut adat suku kaum Termiar, mayat tidak boleh dialihkan dan hanya dibiarkan di kawasan tersebut sahaja.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.