fbpx
Now Reading
CARSOME Malaysia Perkukuh Operasi Di Negara Jiran, Indonesia
CARSOME

CARSOME Malaysia Perkukuh Operasi Di Negara Jiran, Indonesia

CARSOME dalam masa yang sama turut mengumumkan kerjasama dengan Electrum iaitu usaha sama antara Gojek dan TBS Energi Utama yang ditubuhkan pada 2021 bertujuan memacu Indonesia untuk muncul sebagai peneraju dalam industri EV global.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja CARSOME, pasti ramai mengetahui bahawa CARSOME adalah sebuah platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara.

Untuk pengetahuan umum, CARSOME hari ini (10 Januari) memaklumkan bakal memperkukuh operasi di Indonesia dan komited untuk melabur dalam mengembangkan perniagaannya di ibu kota Nusantara itu.

CARSOME juga bergabung tenaga dengan Electrum yang berpangkalan di Indonesia untuk menyumbang kepada masa depan mobiliti Indonesia dengan menggalakkan penggunaan penyelesaian mobiliti mampan ketika negara semakin meningkat ke arah mencapai matlamat peralihan tenaganya.

Experience Center CARSOME terbesar di Indonesia di Puri, Jakarta Barat.
(Sumber: news.carsome.com)
Experience Center CARSOME terbesar di Indonesia di Puri, Jakarta Barat.
(Sumber: news.carsome.com)

Electrum merupakan usaha sama antara TBS dan Gojek dengan misi untuk membangun dan mengubah ekosistem kenderaan elektrik beroda dua di Indonesia.

Bersempena dengan penyertaan CARSOME dalam lawatan kerja Perdana Menteri Malaysia ke Jakarta pada Ahad (8 Januari), Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME Eric Cheng telah menyerahkan Surat Niat (Letter of Intent) kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz memetik minat syarikat untuk menubuhkan operasi di Nusantara dan melabur dalam pendigitalan industri automotifnya.

Majlis itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Luar Indonesia Retno Werdiningsih, dan Menteri Kerja Raya dan Perumahan Indonesia Basuki Hadimuljono.

LOI CARSOME kemudian diserahkan oleh Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kepada Pengerusi Lembaga Pihak Berkuasa IKN Nusantara, Bambang Susantono di Istana Presiden Bogor pada Isnin (10 Januari).

CARSOME Umum Kerjasama Dengan Electrum

Dalam perkembangan berasingan semasa lawatan ke Jakarta, CARSOME mengumumkan kerjasamanya dengan Electrum bagi mempercepatkan penggunaan EV dua roda sebagai tindak balas kepada permintaan tempatan yang semakin meningkat untuk pengangkutan mampan dan menjimatkan.

Electrum adalah usaha sama antara Gojek dan TBS Energi Utama telah ditubuhkan pada 2021 bertujuan untuk memacu Indonesia muncul sebagai peneraju dalam industri EV global.

CARSOME mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas peluang untuk menjadi antara pendahulu untuk melabur dalam pertumbuhan ibu negara masa depan Indonesia, Nusantara. Kami berada pada kedudukan yang baik untuk menyumbang ke arah mengukuhkan ekosistem automotif Nusantara melalui pendigitalan dan untuk memacu pembangunan bakat dan penciptaan pekerjaan dengan penubuhan pusat baharu di ibu negara.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME Eric Cheng.

Mengulas lanjut, Eric berkata kerjasama CARSOME dengan Electrum ini akan menjadi ‘game-changing’.

Bersama-sama, kami meneroka pilihan untuk menggalakkan penggunaan EV dua roda apabila permintaan semakin meningkat untuk penyelesaian mobiliti yang lebih ekonomik dan mampan untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME Eric Cheng.

Eric juga menambah, sebagai platform e-dagang kereta terkemuka dengan operasi penting di Indonesia dan rantau Asia Tenggara, CARSOME akan dapat melengkapkan aspirasi pertumbuhan Electrum untuk memacu penggunaan EV di Indonesia.


CARSOME Lancar ‘Certified Lab’ Pertama Di Jawa Barat & Jawa Timur Pada Ogos 2022

CARSOME Certified Lab.
(Sumber: CARSOME)

Untuk rekod, ketika ini CARSOME mengendalikan 42 premis peruncitan di Jabodetabek, Jawa Barat dan Jawa Timur. CARSOME juga melancarkan ‘Certified Lab’ pertama di Indonesia pada Ogos 2022 dan merupakan yang terbesar di empat pasaran operasinya.

Pada Jun 2022, CARSOME Academy – institut teknikal automotif CARSOME, telah dilancarkan di Jakarta untuk meningkatkan lagi tenaga kerja mahir dalam industri automotif.

Pakatan strategik lain di Indonesia termasuk pengambilalihan iCar Asia – platform automotif dalam talian terbesar di Asia Tenggara yang mengendalikan Mobil123 di Indonesia.

Ia merupakan pemerolehan saham ekuiti PT Universal Collection, syarikat perkhidmatan lelongan kereta dan motosikal yang berpangkalan di Jakarta dengan anak syarikat di seluruh Indonesia.

Untuk maklumat lanjut tentang CARSOME, boleh KLIK SINI.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.