fbpx
Now Reading
Mak Chef Wan Meninggal Dunia

Mak Chef Wan Meninggal Dunia

Menurut Chef Wan lagi, jenazah ibunya akan diuruskan di Masjid Putra Putrajaya sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Cyber 10, Cyberjaya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Takziah kami ucapakan kepada selebriti masakan terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran Chef Wan di atas pemergian ibu tercintanya yang baru sahaja meninggal dunia awal pagi ini (12 Januari).

Khabar duka tersebut dikongsikan Chef Wan menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan ibunya, Noraini Abdullah telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.20 pagi di Hospital Gleaneages.

“Dengan penuh rasa duka cita saya ingin memaklumkan bahawa ibu saya yang tersayang telah meninggal dunia jam 6.20 pagi tadi dalam tidurnya di Hospital Gleneagles.

“Semoga rohnya bersemadi dengan aman, diampunkan segala dosa, serta ditempatkan bersama orang yang beriman kelak.”

Menurut Chef Wan lagi, jenazah ibunya akan diuruskan di Masjid Putra Putrajaya sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Cyber 10, Cyberjaya.

“Al-fatihah. Terima kasih tidak terhingga kepada semua ucapan serta doa untuk Allahyarham ibu saya. Alhamdulilah,” tulis Chef Wan.

Terdahulu Chef Wan berkongsi kepada orang ramai mengenai keadaan ibunya yang sedang menerima rawatan akibat kanser tahap empat di sebuah hospital.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.