fbpx
Now Reading
Tular Kes Tampar Pemain: Lesen Jurulatih Bola Tampar Ditarik Balik
Lesen jurulatih bola tampar ditarik balik

Tular Kes Tampar Pemain: Lesen Jurulatih Bola Tampar Ditarik Balik

Pihak MAVA telah membatalkan lesen jurulatih bola tampar berkenaan melalui jawatankuasa undang-undang dan tatatertib.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu video yang menunjukkan tindakan seorang jurutlatih menampar dua orang pemain pasukan bola tampar Melaka bawah 14 tahun (B-14).

Insiden pada 16 Disember itu, secara tidak langsung telah menarik perhatian orang ramai termasuklah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang menyifatkan ia adalah tindakan yang tidak wajar dilakukan.

Baca artikel berkaitan: Isu Pemain Bola Tampar Kena Penampar, Ahli Pasukan Mohon Henti Hina Coach ‘Gemuk & Botak’

MAVA tarik lesen jurulatih bola tampar

Terbaharu, Hannah mengumumkan jurulatih bola tampar berkenaan tidak lagi dibenarkan untuk melatih di sekolah selain lesennya dibatalkan oleh Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA).

Memetik laporan The Star, pengumuman itu dimaklumkan oleh Hannah Yeoh dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam satu sidang media selepas pihak MAVA membatalkan lesen jurulatih bola tampar terbabit melalui jawatankuasa undang-undang dan tatatertib.

Ujarnya, sebagai langkah awal, dia yang juga seorang guru tidak lagi dibenarkan untuk menjadi jurulatih sukan termasuklah jurulatih kepada pelajar sekolah.

Hanya ada Sijil Kejurulatihan Bola Tampar Tahap 1

Jurulatih bola tampar itu hanya memegang Sijil Kejurulatihan Bola Tampar (dalam bidang sukan) Tahap 1 yang disediakan oleh MAVA. Beliau juga masih belum memohon lesen kejurulatihan yang disediakan oleh Skim Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) dan Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) seperti yang dipersetujui oleh Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), Institut Sukan Negara dengan persatuan sukan negara lain.

Menjawab kepada pembatalan kelayakan jurulatih berkenaan, Hannah dan Fadhlina menegaskan tiada sebarang kompromi dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan atlet, khususnya kepada generasi muda kerana boleh menjejaskan masa depan mereka.

Sebulat suara putuskan jurulatih hilang kelayakan

Kata Hannah lagi, Majlis Sukan Negara (MSN) bersama MAVA telah memuktamadkan siasatan mereka dengan sebulat suara memutuskan jurulatih itu telah hilang kelayakan sebagai jurulatih.

“Insiden itu telah menekankan keperluan untuk menguatkuasakan keperluan bahawa semua jurulatih kepada murid sekolah menjadi sebahagian daripada SLKK dan SPKK,” katanya.

Menurut beliau Kementerian Pendidikan turut akan memberi kerjasama dengan Intitut Sukan Negara bagi melengkapkan jurulatih di sekolah dengan pensijilan yang diperlukan.

“Ini bagi memastikan keselamatan, kesihatan, saling hormat menghormati dan bebas dari sebarang gangguan serta penderaan,” jelasnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.