fbpx

Berpunca Dari Hutang, Penjawat Awam Didakwa Ugut Bunuh Bekas Kekasih Guna Samurai

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang penjawat awam didakwa di Mahkamah Majistret Melaka semalam (12 Januari) atas pertuduhan mengugut bunuh bekas teman lelakinya menggunakan pedang.

Bagaimanapun, Anis Anuar yang berusia 32 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Didakwa dengan niat menakutkan mangsa

Mengikut kertas pertuduhan, wanita terbabit didakwa dengan niat mendatangkan perasan takut kepada mangsa.

Kesalahan itu dilakukan sekitar jam 3.00 petang di Pos Pengawal Gate A, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), daerah melaka tengah pada 8 September tahun lalu.

Dia difahamkan menggunakan kata-kata, “Kalau aku jumpa memang kena tikam sampai mampus, suruh bayar semua duit aku dulu kalau tak aku bunuh dia. Bagitahu Faizul p itu kalau dia berani datang cari aku nak balas dendam lepas pasni, aku standby dengan (pedang) samurai”.

Jika sabit kesalahan, tertuduh yang juga seorang anggota Jabatan Imigresen boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Tertuduh ugut bunuh kekasih kerana hutang kira-kira RM60,000

Difahamkan, wanita terbabit bertindak demikian kerana bengang bekas kekasinya itu yang juga seorang pegawal keselamatan telah berhutang dengannya kira-kira RM60,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan RM3,000 berserta syarat tambahan penjamin mestilah ahli keluarga terdekat sahaja dan harus melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran selain tidak boleh mendekati mangsa.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM3,000

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dan bersetuju dengan kesemua syarat tambahan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Pada masa sama, mahkamah turut menetapkan 21 Februari depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.