fbpx
Now Reading
Sah! Jawatan Presiden & Timbalan Presiden Umno Tidak Dipertandingkan

Sah! Jawatan Presiden & Timbalan Presiden Umno Tidak Dipertandingkan

Berita tersebut disahkan Bahagian Komunikasi Brisan Nasional (BNComms) dan Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perwakilan UMNO hari ini (14 Januari) meluluskan usul agar jawatan tertinggi parti itu iaitu presiden dan timbalan presiden tidak akan dipertandingkan untuk pemilihan kali ini.

Menurut Ketua Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, keputusan itu dicapai selepas mendapat persetujuan majoriti daripada perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) yang sedang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

Ini bermakna Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan masing-masing akan mengekalkan jawatan yang disandang mereka untuk tempoh dua tahun lagi.

90% perwakilan setuju – Ahmad Said

“Hampir 90% perwakilan menyokong usul agar tiada pertandingan dijalankan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden parti.

“Keputusan dimuktamadkan selepas perwakilan bangun dan mengangkat tangan pada sesi pengundian agar dua jawatan berkenaan tidak dipertandingkan,” kata Ahmad Said dalam satu sidang media di Laman Media.

Perkara sama turut disahkan Bahagian Komunikasi Barisan Nasional (BNComms) dan Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil.

Isham Jalil menerusi satu hantaran di Facebook turut memaklumkan kesemua usul yang dibawa turut dipersetujui oleh perwakilan.

“Alhamdulillah setelah dicadang dan dibahas, semua usul yang dibawa oleh perwakilan-perwakilan UMNO dari negeri-negeri di seluruh Malaysia termasuk usul tambahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dikekalkan dan tidak dicabar pada pemilihan tahun ini telah diterima dan disokong oleh hampir semua perwakilan dalam Dewan Merdeka petang ini.”

KJ dakwa ada komplot luluskan usul agar dua jawatan tertinggi UMNO tidak dicabar

Terdahulu bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa wujudnya satu komplot yang digelar ‘Dewan Merdeka’ yang merancang meluluskan usul tambahan yang mahu dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.

Beliau menerusi satu video di TikTok mendakwa ada tanda nama yang dikhaskan untuk perwakilan UMNO pada kerusi dalam Dewan Merdeka telah ditanggalkan bagi membawa ‘perwakilan import’ yang akan menyorak dan menyokokong usul tersebut.

“Petang ini akan ada undi untuk usul tambahan ini dan saya difahamkan ia akan ‘dibulldoze’ (dilanggar).”

@khairykj Adakah usul NO CONTEST akan diluluskan? #umnomalaysia #fypmalaysia🇲🇾 ♬ original sound – Khairykj

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.