fbpx
Now Reading
Bayaran STR Fasa 1 Untuk 8.7 juta Golongan B40 Mulai 17 Januari – Perdana Menteri

Bayaran STR Fasa 1 Untuk 8.7 juta Golongan B40 Mulai 17 Januari – Perdana Menteri

Ini bermakna penerima Sumbangan Tunai Rahmah dari kategori isi rumah golongan B40 akan menerima RM300 manakala golongan warga emas tiada pasangan, dan bujang B40 masing-masing akan menerima RM100.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 20 Disember 2022 yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan beberapa bantuan yang diumumkan dalam Bajet 2023 sebelum ini.

 Ia termasuklah Bantuan Tunai Rakyat yang akan dipercepatkan kepada Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 yang diumumkan sebelum ini.

Terbaharu hari ini, PM mengumumkan bantuan tersebut yang telah dijenamakan semula kepada identiti baharu iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan mula disalurkan kepada 8.7 juta golongan B40 bermula esok, 17 Januari.

Anwar menerusi satu kenyataan media berkata, keputusan mempercepatkan pembayaran Fasa 1 tersebut yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.67 bilion adalah demi meringankan beban sara hidup rakyat.

Akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima berdaftar

Jelas beliau, pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data secara berperingkat manakala kadarnya adalah mengikut tiga kategori yang ditetapkan iaitu:

Ini bermakna setiap isi rumah akan menerima RM300 manakala golongan warga emas tiada pasangan dan bujang masing-masing akan menerima RM100.

Jelas PM lagi, penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.

Buat penerima STR yang tiada akaun bank, mereka boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.

Sebagai info program bantuan tunai ini pada dahulunya dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sewaktu di era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.