fbpx
Now Reading
Keputusan Dua Jawatan Tertinggi UMNO Tidak Dipertandingkan Demi Kepentingan Parti, Kata Ahmad Said

Keputusan Dua Jawatan Tertinggi UMNO Tidak Dipertandingkan Demi Kepentingan Parti, Kata Ahmad Said

Menurut Ahmad Said, usul agar tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden itu dicapai dan mendapat majoriti perwakilan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Said menyifatkan keptusan perwakilan UMNO untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden adalah untuk kepentingan parti.

Menurut Kosmo, perkara itu dinyatakan Ahmad Said sebagai respon balas terhadap kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy yang merasakan bahawa keputusan membenarkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terus kekal mengetuai parti akan menjadi ‘duri dalam daging’ kepada parti dan Kerajaan Perpaduan.

“Itu tafsiran dia. Kita lihat dari perspektif parti. Nanti akan ada pilihan raya negeri (PRN). Bagi mereka parti hancur tak mengapa asalkan mereka menang.

“Parti (bagi kami), lebih penting dan kami tak mahu berpecah, berkelahi lagi. Yang di-Pertuan Agong pun sarankan begitu untuk Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika sidang media di Auditorium UMNO, Menara Dato Onn, hari ini (16 Januari).

Perwakilan UMNO luluskan usul dan mendapat majoriti

Sebelum ini, perwakilan UMNO meluluskan usul agar tidak mempertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti tersebut pada kali ini.

Jelas Ahmad Said lagi, perkara itu dicapai dan mendapat majoriti perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Ujar beliau, hampir 90% perwakilan menyokong usul agar tiada pertandingan dijalankan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden parti.

P Ramasamy beban kepada DAP?

Sementara itu menurut laporan New Straits Times, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Muhd Puad Zakarshi menyelar dan meminta Dr P. Ramasamy agar “melihat cermin” selepas dia mendakwa Ahmad Zahid sebagai “pemimpin paling tercemar” di dalam parti tersebut.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya, Puad mengatakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu sendiri sebenarnya adalah beban kepada DAP.

“Ramasamy dakwa Zahid beban pada UMNO. Dia lupa dirinya adalah beban kepada DAP. Sebab itu DAP Putrajaya desak Ramasamy dikenakan tindakan disiplin.

“Dia marah kenapa seorang sahaja Menteri India dalam Kabinet Anwar Ibrahim. Dia tuduh Dr Zakir Naik sebagai “Syaitan”. Dia menjulang perjuangan keganasan LTTE.

“Lebih teruk dia tuduh kes tiga anak Loh Siew Hong yang memeluk agama Islam di Perlis sebagai penculikan. Ada tuduhan, Ramasamy sakit mental,” katanya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.