fbpx
Now Reading
Mayat Dikerat 6 Ditemukan Dalam Bagasi Di Tepi Lebuhraya Utara-Selatan
mayat kena kerat 6 dijumpai

Mayat Dikerat 6 Ditemukan Dalam Bagasi Di Tepi Lebuhraya Utara-Selatan

Polis memaklumkan mayat yang dikerat kepada enam bahagian itu dipercayai milik individu lelaki warga asing.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rakyat Malaysia hari ini (17 Januari) digemparkan dengan berita penemuan satu mayat di tepi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran susur Rawang Selatan arah utara di Kuala Lumpur pada jam 2 petang tadi.

Mayat yang dijumpai di tepi lebuhraya itu turut ditemukan dalam keadaan telah dikerat kepada enam bahagian.

Identiti mayat belum dapat dikenal pasti

Memetik laporan Harian Metro yang memetik sumber, ketika dijumpai, bahagian badan mangsa yang belum diketahui identitinya itu berada di atas rumput berdekatan dengan bagasi tersebut.

“Bagaimanapun identiti mangsa masih gagal dikenal pasti berikutan tiada pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa,” jelasnya.

Menerusi siasatan awal pihak polis dipercayai mayat lelaki itu adalah milik warga asing.

“Susulan penemuan mayat itu, sepasukan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat tersebut.”

Terima panggilan penemuan mayat tanpa kepala di tepi jalan

Penemuan mayat tersebut kemudiannya disahkan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, lapor Berita Harian.

Jelas beliau, polis pada mulanya telah menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat tanpa kepala di tepi jalan itu sekitar jam 11.45.

Pemeriksaan di kawasan kejadian kemudiannya menemui satu bagasi yang apabila diperika berisi beberapa lagi bahagian badannya yang sudah dipotong.

“Kita menemui keratan badan (pinggang ke atas tanpa kepala) di tepi jalan serta menemui satu bagasi berhampiran keratan badan.

“Hasil pemeriksaan di dalam bagasi pula kita menjumpai serpihan potongan badan.

“Identiti mayat dan jantina belum dikenal pasti berikutan keadaan mayat dipotong dari bahagian pinggang ke atas dan tiada dokumen pengenalan diri,” katanya.

Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti motif kejadian dan suspek terlibat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.