fbpx
Now Reading
Myvi Terjunam Dalam Tasik, Lelaki Sanggup Terjun Selamatkan Mangsa Dari Lemas Raih Pujian [Video]

Myvi Terjunam Dalam Tasik, Lelaki Sanggup Terjun Selamatkan Mangsa Dari Lemas Raih Pujian [Video]

Tindakan berani lelaki terbabit terjun ke dalam tasik selepas melihat mangsa kemalangan hampir lemas dan tenggelam ke dalam air.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (17 Januari), tular satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan sebuah kereta terbabas dan terjunam ke dalam Tasik Merdeka di Jalan Parit Bilal, Batu Pahat, Johor.

Bagaimanapun, kesemua mangsa yang berada di dalam kereta jenis Perodua Myvi itu berjaya diselamatkan selepas seorang lelaki nekad terjun ke dalam tasik tersebut.

Menurut Kosmo, tindakan berani hero tak beruniform yang dikenali sebagai Suzaini Mohd. Sazali berusia 43 tahun itu dilakukan semata-mata demi menyelamatkan mangsa selepas melihat tiada orang datang membantu.

Bertindak terjun tasik selepas lihat mangsa hampir lemas

Menurut Suzaini, dia bertindak demikian kerana melihat pemandu kereta tersebut hampir lemas dan tenggelam ke dalam tasik.

Tindakan awal yang dilakukan oleh Suzaini adalah dengan menarik mangsa iaitu seorang lelaki ke tebing sebelum dibantu oleh orang ramai yang berada di sana.

“Dua lagi mangsa perempuan yang sudah keluar dari kereta yang terjunam itu saya arahkan duduk diam di atas kereta sebelum tindakan bantuan susulan dilakukan.

“Dengan menggunakan kayu, saya mengarahkan mereka berpaut satu persatu sebelum berjaya dibawa naik ke tebing,” katanya.

Ketika menyelamat hampir kehabisan nafas namun tetap gagahkan diri

Ketika kejadian berlaku, Suzaini bersama anaknya dalam perjalanan balik dari hospital ke rumah mereka di Parit Bayu Emas.

Jelasnya lagi, dia turut bersyukur kerana ketika menyelamatkan pemandu terbabit dia juga hampir kehabisan nafas, namun tetap berusaha menggagahkan diri membawa mangsa ke tepi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai insiden tersebut pada jam 1.30 tengah hari.

Kereta hilang kawalan ketika dalam perjalanan menuju Batu Pahat

Ujarnya, berdasarkan siasatan polis, kemalangan berlaku ketika kereta tersebut yang dipandu seorang lelaki bersama dua rakan wanitanya berusia 25 hingga 28 tahun dalam perjalanan dari arah Tongkang Pecah menuju ke arah Batu Pahat.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta dipandu telah hilang kawalan lalu terbabas dan terus masuk ke dalam tasik di sebelah kanan jalan.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) bagi kesalahan gagal mengawal kenderaan,” ujar Ismail Dollah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan lelaki terbabit yang sanggup terjun ke dalam tasik untuk membantu selamatkan mangsa kemalangan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.