fbpx
Now Reading
“Tidak Pulang Ke Kampus Selepas Solat Jumaat”- Pelajar UPM Hilang Sejak 13 Januari

“Tidak Pulang Ke Kampus Selepas Solat Jumaat”- Pelajar UPM Hilang Sejak 13 Januari

Namun apa yang menimbulkan kebimbangan ahli keluarga adalah akaun media sosial Mohd Irfan telah dikemaskini yang mana gambar profilnya telah ditukar menjadi hitam selain semua hantaran lama dipadam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pelajar di sebuah Universiti Awam (UA) di Serdang, Selangor dilaporkan hilang sejak Jumaat, 13 Januari lalu.

Mohd. Irfan Hakimi Azhar difahamkan gagal dikesan selepas tidak pulang ke kampus sebaik selesai menunaikan solat jumaat pada hari tersebut.

Menerusi satu perkongsian di Twitter oleh seorang pengguna @ashrafshabarsha, Mohd. Irfan yang merupakan seorang pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 berwarna biru dengan nombor plat RAC 5095.

Dia yang merupakan ahli keluarga kepada Irfan memohon bantuan orang ramai untuk menjejaki mahasiswa tersebut.

“Mohd Irfan berumur 22 tahun, seorang pelajar Kolej Canselori, UPM hilang. Kali terakhir dilihat pada 13 Januari 2023.

“Tidak pulang ke kampus setelah menunaikan solat Jumaat.”

Tidak menjurus kepada penculikan

Perkara sama turut dikongsikan seorang lagi bapa saudara Mohd Irfan di Twitter. Menurut @hydenamy, pihak polis bagaimanapun belum mempunyai sebarang info untuk mengaitkan kehilangan anak saudaranya dengan kes culik.

Namun apa yang menimbulkan kebimbangannya adalah akaun media sosial Mohd Irfan telah dikemaskini yang mana gambar profilnya telah ditukar menjadi hitam selain semua hantaran lama kini ‘lesap’.

Buat orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau menjumpai Mohd Irfan, bolehlah menghubungi nombor yang tertera di bawah.

+6019-2068437 – Sofiaton (Ibu)
+6018-9558772 – Hafiz (Bapa Saudara)
+6010-3915531 – Asyraf (Bapa Saudara)
+6019-2034396 – Faizul (Bapa Saudara)
+603-89482222 – Balai Polis Serdang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.