fbpx
Now Reading
Ibu Tekup Bayi Dengan Bantal, Dakwa Alami Masalah Rumah Tangga
Ibu tekup anak dengan bantal

Ibu Tekup Bayi Dengan Bantal, Dakwa Alami Masalah Rumah Tangga

Insiden si ibu menekup bayi dengan bantal difahamkan berlaku selepas dia bermalam bersama dengan kekasihnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita yang juga ibu ditahan oleh pihak polis bersama dengan teman lelaki selepas dipercayai mencekik bayi lelakinya yang berusia setahun enam bulan sehingga maut.

Suspek yang berusia 20 tahun dipercayai bertindak sedemikian selepas bermalam bersama kekasihnya di sebuah kondominum terletak di Cyberjaya, Sepang pada 12 Januari lepas.

Wanita dalam proses bercerai lepas dua tahun berkahwin

Memetik laporan Berita Harian, difahamkan wanita yang bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat swasta sedang dalam proses bercerai dengan suaminya yang juga seorang penganggur setelah dua tahun berkahwin.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof menyatakan, pada awalnya ibu berkenaan mendakwa bayi itu telah terjatuh dari sofa sebelum bertindak menghantarnya ke Hospital Cyberjaya bagi mendapatkan rawatan.

“Sekitar jam 11.30 pagi doktor berkenaan telah menerima seorang pesakit kanak-kanak lelaki berusia satu tahun enam bulan yang dihantar oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Hasil pemeriksaan awal, doktor berkenaan mendapati ada pendarahan di kedua-dua belah anak mata yang berkemungkinan disebabkan oleh penderaan dan pesakit berada dalam keadaan kritikal,” ujarnya.

Maklumat kematian bayi diterima dari pasukan perubatan Hospital Cyberjaya

Jelas beliau lagi, laporan berhubung kematian bayi tersebut diterima pihaknya dari pasukan perubatan Hospital Cyberjaya pada 15 Januari lalu selepas 3 hari kanak-kanak itu mendapatkan rawatan.

Sebaik sahaja laporan diterima, pihak polis telah berusaha untuk mendapatkan ibu mangsa serta suspek utama, tetapi menemui jalan gagal apabila mereka tidak dapat dihubungi selain tidak dapat dijumpai berdasarkan alamat rumah yang diberikan.

“Hasil maklumat risikan, polis menyerbu sebuah rumah flat di Putra Perdana, Dengkil dan menahan suspek sekitar jam 12.15 pagi pada 16 Januari. Suaminya turut ditahan pada hari sama,” jelasnya.

Tekup muka anak kerana alami tekanan perasaan

Berdasarkan siasatan yang dilakukan wanita itu mengaku telah bertindak menekup muka bayinya itu dengan menggunakan bantal ketika mangsa sedang tidur disebabkan mengalami tekanan perasaan kerana masalah rumah tangga dan keluarga.

“Bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada mangsa di bahagian pipi, gusi, dahi dan belakang pelipat kaki kanan.

“Terdapat juga kesan calar di pipi kiri serta lebam di leher dipercayai akibat dicekik.

“Punca kematian disebabkan asfiksia ataupun kekurangan oksigen dipercayai berpunca dari tindakan ibu mangsa menekup muka mangsa,” katanya.

Suami suspek dibebaskan dipercayai tiada di lokasi kejadian

Menurut Wan Kamarul, suami kepada ibu muda yang berusia 20 tahun itu bagaimanapun sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas dipercayai tidak terlibat dan tidak berada di tempat kejadian.

“Teman lelaki suspek yang merupakan seorang pelajar kolej berusia 21 tahun bagaimanapun tidak mengaku terlibat.

“Dia hanya hadir ke rumah yang dijadikan rumah inap berkenaan untuk bermalam dengan suspek dan semasa kejadian lelaki berkenaan telah beredar,” ucapnya.

Suspek dan teman lelakinya kini direman selama tujuh hari mula daripada 16 Januari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.