fbpx
Now Reading
Lelaki Mengamuk, Acu Pisau Pada Anggota Polis Di Pandan Indah Berjaya Ditahan [Video]

Lelaki Mengamuk, Acu Pisau Pada Anggota Polis Di Pandan Indah Berjaya Ditahan [Video]

Lelaki terbabit didapati pemegang kad pesakit mental (PSY) dan mempunyai rekod serta masuh menjalani rawatan di wad kuning PSY di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki yang juga pesakit mental berjaya ditahan polis selepas mengamuk dengan menggunakan pisau dalam kejadian di Taman Lembah Maju, Pandan Indah semalam (18 Januari).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya dihubungi oleh orang awam pada pukul 10.51 pagi yang ketakutan melihat tindakan lelaki terbabit.

Anggota polis ambil masa untuk tenangkan dan tahan lelaki terbabit

Menurutnya, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian terpaksa mengambil masa untuk menenangkan lelaki terbabit.

Lelaki yang juga dipercayai tukang gunting rambut itu akhirnya berjaya ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging berhulu kayu dengan lilitan tali rafia, panjang lebih kurang 30 sentimeter,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Lelaki terbabit pemegang kad pesakit mental (PSY)

Jelasnya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit pemegang kad pesakit mental (PSY) dan mempunyai rekod serta masih menjalani rawatan di wad kuning PSY di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kata Mohamad Farouk, kes tersebut akan disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tular lelaki mengamuk di Pandan Indah

Terdahulu, tular di media sosial rakaman gelagat seorang lelaki yang menakutkan penduduk di sekitar kawasan Taman Lembah Maju.

Berdasarkan rakaman, kelihatan lelaki terbabit memakai jaket berwarna merah, berseluar panjang dan memakai topi keledar cuba mengacukan pisau pemotong daging ke arah anggota polis yang cuba menenangkannya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.