fbpx
Now Reading
Tular Video Kanak-Kanak Jatuh Selepas Motor Ditunggang Bapa Terbabas, Polis Cari Saksi Bantu Siasatan [Video]
kanak-kanak jatuh di atas jalan

Tular Video Kanak-Kanak Jatuh Selepas Motor Ditunggang Bapa Terbabas, Polis Cari Saksi Bantu Siasatan [Video]

Polis turut meminta agar pemilik dashcam yang merakam kemalangan tersebut untuk tampil membantu siasatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan kejadian kemalangan antara sebuah motosikal dan juga sebuah kenderaan yang bergeser sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak terjatuh di atas jalan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di Facebook, kelihatan penunggang motosikal yang membonceng kanak-kanak itu secara tiba-tiba menukar laluan dari arah kiri ke sebelah kanan.

Langgar sisi kenderaan sebelum jatuh di atas jalan

Dia kemudian melanggar sisi sebuah kereta BMW berwarna putih semasa melalui satu selekoh sebelum kanak-kanak itu terjatuh di atas jalan.

Penunggang motosikal itu turut terbabas sehingga merempuh ke bahagian penghadang jalan sebelum jatuh terbaring di atas jalan.

Tidak lama selepas itu kelihatan pemandu kenderaan tersebut keluar dengan segera untuk melihat keadaan kanak-kanak berkenaan dan segera mendukungnya ke kawasan lebih selamat.

Pihak polis minta saksi dan pemilik rakaman dashcam tampil bantu siasatan

Berikutan dari kejadian itu, pihak polis kini meminta pemilik kenderaan atau saksi yang berada ketika kemalangan berlaku untuk tampil bagi membantu siasatan.

“JSPT KL sedang mengesan satu video kemalangan yang tular melibatkan sebuah kenderaan motokar (kereta) dan motosikal di lokasi Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Pemilik rakaman dashcam juga diminta tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya di dalam Facebook.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Kuala Lumpur di talian 03 2071 9999 atau Pegawai Penyiasat kes Insp. Izlan di talian 010 270 7997.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.