fbpx
Now Reading
6 Hari Terperangkap, Kanak-Kanak Dari Bangladesh Ditemui Dalam Kontena [Video]
remaja ditemui dalam kontena

6 Hari Terperangkap, Kanak-Kanak Dari Bangladesh Ditemui Dalam Kontena [Video]

Kanak-kanak itu dijumpai dalam keadaan lemah namun dilaporkan stabil dan akan dihantar pulang menggunakan kapal kargo.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan keadaan beberapa pekerja di sebuah pelabuhan bersama anggota Polis Bantuan sedang berusaha untuk membuka sebuah kontena.

Sebaik sahaja pintu kontena tersebut dibuka kelihatan seorang kanak-kanak keluar dari kontena tersebut dalam keadaan tidak bermaya.

Dia kemudian diminta untuk duduk dan bertenang sebelum diberikan air.

Laporan media tempatan yang memetik sumber menyatakan kanak-kanak berkenaan yang dipercayai dari Bangladesh telah terperangkap selama enam hari dalam kontena itu sebelum berjaya diselamatkan.

Menurut sumber, perkara itu disedari oleh salah seorang kakitangan pelabuhan apabila tedengar bunyi ketukan dari dalam kontena.

Kanak-kanak bermain dengan rakan sebelum terperangkap

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan kanak-kanak dari bandar Chittagong, Bangladesh itu dipercayai terperangkap setelah dia masuk ke dalam kontena berkenaan ketika bermain dengan rakannya.

Dia kemudian ditemukan di dalam kontena berkenaan di Pelabuhan Barat, Klang, pada 17 Januari yang lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ASP Cha Hoong Fong memaklumkan tidak terdapat sebarang unsur jenayah berhubung penemuan kanak-kanak berkenaan.

“Berdasarkan keterangan daripada mangsa menjelaskan semasa bermain bersama kawan di Bangladesh, dia telah masuk ke dalam kontena dan terkunci.

“Kita telah merujuk kes itu kepada Jabatan Imgiresen Malaysia untuk menguruskan dokumen mangsa serta penghantaran pulang dengan menggunakan kapal kargo yang sama.

“Kita menerima laporan itu daripada seorang lelaki yang juga pekerja operasi perkapalan berusia 43 tahun pada jam 1.53 petang, Rabu (18 Januari),” katanya.

Tengah urus kapal masuk di pelabuhan sebelum jumpa remaja

Menurutnya lagi, ketika kejadian jam 9 malam pada 17 Januari itu, pengadu ketika itu sedang menguruskan kapal masuk di Dermaga Pelabuhan Barat dan hasil pemeriksaan dari sebuah kontena menjumpai remaja berkenaan berada dalam keadaan tidak bermaya dan lemah.

“Semakan ke atas mangsa mendapati tiada sebarang identiti pengenalan diri. Siasatan lanjut mendapati sebuah kapal telah bertolak dari Chittagong, Bangladesh pada 12 Januari lalu dengan membawa kontena yang mengandungi muatan barangan am dan tiba di Pelabuhan Barat pada Selasa (17 Januari).

“Rawatan telah dijalankan di hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang ke atas mangsa dan doktor mengesahkan mangsa dalam keadaan stabil,” kata Hong Foong.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.