fbpx
Now Reading
Pelajar UPM Hilang Selamat Dijumpai Di Johor, Sudah Dibawa Pulang Oleh Bapa
Pelajar UPM hilang

Pelajar UPM Hilang Selamat Dijumpai Di Johor, Sudah Dibawa Pulang Oleh Bapa

Pelajar yang dilaporkan hilang sejak 13 Januari itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 18 Januari lalu, kami ada melaporkan berita tentang kehilangan seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang sejak 13 Januari lepas.

Mohd. Irfan Hakimi Azhar difahamkan tidak pulang ke kampus selepas pulang dari menunaikan solat Jumaat pada hari (13 Januari) tersebut.

Dikesan berada di Johor berdasarkan rekod transaksi kad debit

Polis kemudiannya dilaporkan berjaya mengesan pelajar berkenaan yang dipercayai berada di Tampoi, Johor menerusi rekod transaksi kad debit miliknya.

Menerusi hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di premis berdekatan, pelajar berkenaan tidak keseorangan apabila dilihat bersama individu lain yang dipercayai rakannya.

Selain itu, polis juga turut menemui motosikal jenis Yamaha LC135 milik pelajar itu yang ditinggalkan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

Baca artikel berkaitan: “Tidak Pulang Ke Kampus Selepas Solat Jumaat”- Pelajar UPM Hilang Sejak 13 Januari

Bapa dah bawa pulang, pelajar dilaporkan sihat

Terbaharu, Mohd Irfan Hakimi sudah dijumpai dan dibawa pulang oleh bapanya ke Selangor.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat memaklumkan penuntut universiti yang berusia 22 tahun itu sudah dibawa pulang selepas dijumpai di Terminal Bas Larkin Sentral, Johor Bharu, semalam (19 Januari).

“Orang hilang (Mohd Irfan) sudah dijumpai di Stesen Bas Larkin jam 5 petang semalam (19 Januari).

“Bapanya sudah bawanya balik ke rumah mereka di Selangor,” kata Raub.

Ketika ditanya bagaimanakah keadaan pelajar tersebut ketika dijumpai, Raub menyatakan Irfan kelihatan sihat.

“Ketika ditemui, dia seorang diri dan dalam keadaan sihat,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.