fbpx
Now Reading
Remaja 14 Tahun Di Kuantan Maut Dihempap Pokok Besar Akibat Angin Kencang

Remaja 14 Tahun Di Kuantan Maut Dihempap Pokok Besar Akibat Angin Kencang

Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian telah memberi bantuan awal kepada mangsa sebelum dia dihantar ke hospital dengan menggunakan kenderaan keluarganya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ajal dan maut adalah rahsia Allah SWT, tiada seorang manusia pun yang tahu dan mampu menghalang andai kematian itu tiba.

Begitulah yang terjadi kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang maut akibat dihempap pokok besar dalam kejadian angin kencang di Kampung Balok Baru, Kuantan pada petang semalam (19 Januari).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam sekitar 6.35 petang.

Pokok tumbang hempap kanak-kanak, kereta awam dan kabel elektrik

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Gebeng menghubungi Pusat Gerakan Operasi (PGO) Pahang berhubung insiden pokok tumbang yang menghempap kanak-kanak dan empat buah kenderaan awam serta kabel elektrik.

Kata Ismail, sepasukan anggota termasuk seorang pegawai dari BBP Gebeng telah bergegas ke lokasi kejadian sejurus mendapat laporan.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar seorang kanak-kanak perempuan dihempap pokok dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pasukan bomba mula memberikan bantuan awal kepada mangsa dan mangsa dihantar ke hospital dengan menggunakan kenderaan keluarga mangsa.

“Kerja-kerja seterusnya anggota bomba menunggu pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) hadir ke lokasi untuk memotong bekalan elektrik,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa berasal dari Terengganu disahkan maut

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan insiden tersebut dan mangsa disahkan meninggal dunia.

Jelas beliau, mayat mangsa yang dikenali sebagai Aliya Zahra Mohammad Hasnizam, berasal dari Felda Cerul Satu, Kemaman, Terengganu itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut.

Salam takziah kami ucapkan buat ahli keluarga mangsa, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.