Mahu Mudahkan Urusan Sebagai TPM, Zahid Mohon Pasport Dikembalikan Secara Kekal

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini (26 Januari) memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengembalikan pasport antarabangsa miliknya secara kekal dengan kadar segera.

Menurut Ahmad Zahid, pasportnya yang telah diserah dan disimpan oleh Mahkamah Tinggi sejak lima tahun lalu sebagai syarat jaminan tambahan selepas didakwa dengan 47 tuduhan rasuah telah menjadi kekangan untuk dia menjalankan tugas rasmi sebagai TPM dan menteri Kabinet.

Ini kerana dokumen itu adalah salah satu syarat dalam proses permohonan bagi mendapatkan pasport diplomatik yang diperlukan dan akan digunakan bagi pergerakan rasmi keluar-masuk negara.

Sehubungan itu dia membuat permohanan kebenaran bagi pelepasan pasport antarabangsa miliknya itu dilakukan dengan niat baik (bona fide) supaya dia dapat menjalankan tugas yang digalasnya dengan lebih lancar.

Mohon penyerahan pasport sebagai syarat tambahan diketepikan

Dalam afidavit yang diikrarkannya bagi menyokong permohonan tersebut, Ahmad Zahid turut memohon perintah mahkamah agar penyerahan pasport sebagai syarat jaminan tambahan diketepikan manakala jumlah jaminan RM2 juta dikekalkan.

Tambah TPM itu lagi, beliau telah menerima mandat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewakilkan beliau dalam beberapa urusan pentadbiran negara.

Zahid di dalam afidavit itu turut memberi aku janji akan tetap memberikan kerjasama penuh dalam menyelesaikan perbicaraan kes rasuahnya yang kini di peringkat pembelaan.

“Bagi melancarkan pergerakan dan urusan dan tugasan selaku Timbalan Perdana Menteri, saya dikehendaki berada di dalam dan di luar negara yang mana saya percaya perkara tersebut memerlukan pasport berada dalam pegangan saya sendiri.

“Saya tidak berniat melarikan diri atau tidak menghadirkan diri pada prosiding mahkamah kerana saya masih lagi berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan bergiat aktif dalam bidang politik di Malaysia serta ahli keluarga saya kesemuanya berada di sini,” ujarnya.

Permohonan itu jelas beliau pasti dapat mengurangkan jumlah permohonan pelepasan pasport sementara kepada pihak mahkamah memandangkan dia sebelum ini perlu meminta pelepasan pasport sementara demi melaksanakan tugas rasmi ke luar negara.

Memetik Utusan, permohonan itu telah dilakukan Zahid di Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi melalui Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq pada 20 Januari lalu.

Dia dalam masa sama turut memfailkan perakuan segera agar permohonan itu didengar dan diputuskan secepat mungkin.

Pengurusan kes kemudiannya berlangsung pada hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Nurul Aini Hamzah yang turut dihadiri oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob selaku pihak pendakwaan manakala Ahmad Zahid diwakili oleh peguam, Nabihah Meor Azli.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Februari ini untuk satu lagi pengurusan kes. 

Sebagai rekod, Zahid sebelum ini telah didakwa dengan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

6 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago