fbpx
Now Reading
Nak Lari Dari ‘Roadblock’ Punya Pasal, Lelaki Sanggup Tinggalkan Tunang Di Jambatan Pulau Pinang [Video]

Nak Lari Dari ‘Roadblock’ Punya Pasal, Lelaki Sanggup Tinggalkan Tunang Di Jambatan Pulau Pinang [Video]

Pihak JPJ mengesyaki lelaki terbabit tidak mempunyai lesen memandu atau tiada cukai jalan menyebabkan dia bertindak sedemikian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum membina keluarga bersama insan tersayang, kebanyakan dari kita pasti akan memilih untuk melalui fasa pertunangan terlebih dahulu.

Tidak dinafikan dan malah ramai yang akui bahawa fasa pertunangan sangat mencabar kerana pelbagai dugaan dalam perhubungan akan dihadapi.

Begitulah yang dilalui seorang wanita ini apabila dia ditinggalkan oleh tunangnya di lorong motosikal di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang.

Menerusi satu hantaran video di laman TikTok akaun @amirulainul4788, kelihatan beberapa anggota penguat kuasa sedang menyoal siasat sambil melihat luka yang ada di tangan wanita itu.

Tinggalkan tunang sebab lari dari ‘roadblock’ JPJ

Menurut laporan MalaysiaGazette, lelaki terbabit sanggup meninggalkan tunangnya yang terjatuh dari motosikal ketika mereka sedang melarikan diri daripada sekatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang pada Rabu malam (25 Januari).

Wanita berusia 20-an itu mengalami kecederaan ringan di tangan dan juga kakinya dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.45 malam itu.

Wanita terbabit turut melarikan diri sebelum diberikan rawatan

Bagaimanapun, belum sempat pihak JPJ memberikan rawatan kepadanya, wanita terbabit juga bertindak melarikan diri.

Mengulas mengenai insiden, Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa berkata, pasangan yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 itu pada mulanya diarahkan berhenti bagi membolehkan pemeriksaan menerusi Ops Motosikal Khas di lorong motosikal Jambatan Pulau Pinang dijalankan oleh pihaknya sempena Tahun Baru Cina

Wanita terjatuh dari motosikal akibat tunangnya membuat pusingan U

Namun ketika pihak JPJ mengarahkan lelaki terbabit untuk membuat lencongan bagi pemeriksaan lanjut, dia secara tiba-tiba melarikan diri dengan membuat pusingan U menyebabkan tunangnya yang berada di belakang terjatuh.

“Bagaimanapun, lelaki itu tidak peduli akan kejadian tersebut sebaliknya terus memecut laju motosikal menghala ke bahagian Pulau (Georgetown).

“Susulan insiden itu, kita sempat soal siasat pembonceng terbabit sebelum dia mengaku lelaki tersebut tunangnya dan mereka dalam perjalanan dari Seberang Perai ke pusat bandar,” katanya kepada pemberita di lokasi malam tadi.

Jelas Adenan lagi, kemungkinan lelaki terbabit tidak mempunyai lesen memandu atau tiada cukai jalan memandangkan dia tergamak membiarkan tunangnya ditinggalkan begitu sahaja tanpa berfikir untuk berhenti atau berpatah balik.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.