fbpx
Now Reading
Pelajar Warga Asing Ditahan Polis Selepas ‘Kantoi’ Intai Jiran Wanita Di Cyberjaya [Video]

Pelajar Warga Asing Ditahan Polis Selepas ‘Kantoi’ Intai Jiran Wanita Di Cyberjaya [Video]

Suspek yang juga seorang pelajar warga Palestin telah berjaya ditahan polis kira-kira pukul 4.00 petang kelmarin di Mutiara Ville, Cyberjaya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu rakaman yang dimuat naik di media sosial yang memaparkan aksi tidak senonoh seorang lelaki di sebuah kondo.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan lelaki terbabit yang dipercayai berbangsa Arab sedang berdiri sambil merenung ke dalam tingkap tandas di sebuah rumah.

Si perakam yang mengesyaki lelaki terbabit cuba mengintai seseorang di dalam tandas lantas bertindak keluar dari rumahnya untuk menegur tindakan si pelaku.

Rakam si pelaku lebih dekat sebagai bahan bukti pada pihak Polis

Menerusi bebenang yang dimuat naik oleh pemilik video di laman Twitter miliknya, wanita itu yang juga jiran mangsa berkata tindakannya merakam dan menegur dengan lebih dekat adalah sebagai bukti untuk diserahkan kepada pihak polis.

Pelajar lelaki warga Palestine telah berjaya ditahan Polis

Susulan itu, pihak polis telah menahan lelaki terbabit yang juga seorang pelajar warga Palestin kerana dipercayai mengintai rumah yang didiami pelajar wanita warga tempatan itu di Mutiara Ville di Cyberjaya pada Selasa lalu (24 Januari).

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata mangsa membuat laporan selepas menerima maklumat daripada jiran bahawa terdapat seorang lelaki disyaki berbangsa Arab sedang mengintai rumahnya.

“Lelaki tersebut telah membuka cermin tingkap tandas dan berdiri di ruang tepi untuk mengintai dan mengambil seluar milik rakan serumah wanita itu. Perbuatan lelaki tersebut telah dirakam oleh jiran pengadu dan lelaki tersebut telah melarikan diri,” menurutnya dalam satu kenyataan kelmarin.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 509 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Well done neighbour” – Netizen

Sementara itu, menjengah di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan berani wanita itu dalam membantu jirannya daripada menjadi mangsa diintai lelaki terbabit.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.