fbpx
Now Reading
Dalang Sebenar Tembak Jatuh Pesawat MH17 Akan Didedahkan

Dalang Sebenar Tembak Jatuh Pesawat MH17 Akan Didedahkan

Menurut Pasukam Penyiasat Bersama (JIT), kesemua waris mangsa MH17 akan dimaklumkan mengenai keputusan itu terlebih dahulu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasukan penyiasat antarabangsa akan mendedahkan hasil siasatan yang telah dilakukan terhadap beberapa pihak lain mengenai nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak di ruang udara Ukraine selepas tiga suspek didapati bersalah tahun lepas.

Hasil siasatan itu akan membongkar dalang sebenar yang melancarkan peluru berpandu dan menembak jatuh pesawat MH17 pada 2014.

Siasatan yang sama juga akan mengenal pasti siapa yang membekalkan misil buatan Rusia yang digunakan dalam insiden tersebut.

Tiga suspek telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup

Menurut laporan Kosmo, dua rakyat Rusia dan seorang warga Ukraine dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dalam perbicaraan tanpa kehadiran mereka oleh sebuah mahkamah Belanda pada November tahun lalu.

Mereka didapati tidak menekan picu untuk melancarkan serangan dan hanya membantu membawa peluru berpandu BUK tersebut ke Ukraine.

“Namun, dalam satu sidang akhbar yang bakal diadakan di The Hague pada 8 Februari ini, kami akan mendedahkan keputusan siasatan berterusan mereka terhadap beberapa pihak lain yang terlibat menembak jatuh pesawat MH17,” kata Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) dalam satu kenyataan.

Keputusan siasatan akan diketahui oleh waris mangsa MH17 dahulu

Menurutnya, kesemua waris mangsa MH17 akan dimaklumkan mengenai keputusan itu terlebih dahulu.

“Selain siasatan terhadap penglibatan Republik Rakyat Donetsk, JIT turut menyiasat kru BUK-TELAR dan pihak yang bertanggungjawab membekalkan sistem persenjataan Russia tersebut yang digunakan untuk menembak jatuh MH17,” kata kenyataan sama.

JIT dianggotai oleh penyiasat dari Belanda, Autralia, Belgium, Malaysia dan Ukraine, yang merupakan negara-negara paling terkesan akibat nahas pesawat Boeing 777 itu.

Sementara itu, para hakim daripada Belanda mendapati tiga tertuduh iaitu Igor Girkin dan Sergei Dubinsky dari Russia dan Ukraine, manakala Leonid Kharchenko pula merupakan ahli puak pemisah DPR, sebuah kumpulan yang dikawal Moscow.

Bagaimanapun panel hakim berkata, individu atau pihak yang mengendali sistem peluru berpandu BUK tersebut yang menyebabkan pesawat MH17 ditembak jatuh masih belum diketahui dengan jelas.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.