fbpx
KTM 24 JAM

KTMB Sedia Perkhidmatan Tren Komuter 24 Jam Tanpa Henti Sempena Thaipusam Bermula 4 Februari

Menurut Ketua Kawalan Operasi KTMB, seramai 182,000 dijangka akan menggunakan perkhidmatan komuter tersebut sempena Thaipusam yang bakal tiba.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali tibanya cuti yang panjang seperti cuti umum sudah tentu ramai yang mengambil kesempatan ini untuk pulang ke desa atau melancong.

Oleh itu, ada yang lebih memilih untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti keretapi, tren komuter, LRT, bas dan banyak lagi untuk memudahkan perjalanan mereka kerana tidak mahu bersesak di jalan raya.

KTMB sedia perkhidmatan komuter 24 jam sempena Thaipusam

Terbaharu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menyediakan perkhidmatan KTM Komuter tambahan 24 jam sempena sambutan Thaipusam untuk tiga hari dua malam yang bermula dari 4 Februari.

Memetik laporan Bernama, Ketua Kawalan Operasi KTMB Azfar Zakariya memaklumkan operasi berkenaan membabitkan laluan Batu Caves – Sungai Gadut – Batu Caves dan Pelabuhan Klang – Batu Caves – Pelabuhan Klang dengan kekerapan perkhidmatan setiap satu jam.

“Perkhidmatan KTM Komuter tambahan ini akan bermula seawal 10 malam pada 4 Feb dari stesen Sungai Gadut ke stesen Batu Caves manakalan tren tambahan pertama dari Pelabuhan Klang ke Batu Caves akan bermula seawal jam 11.43 malam pada hari yang sama.

“Sebanyak 24 stesen akan beroperasi selama 24 jam sepanjang tempoh tersebut antaranya Seremban, Nilai, Kajang dan Klang. Bagaimanapun, tiada perkhidmatan tren tambahan dari laluan stesen Tanjung Malim – Batu Caves – Tanjung Malim,” ujarnya.

182,000 pengguna dijangka akan guna perkhidmatan komuter

Menurut Azfar, KTMB menggarkan seramai 182,000 pengguna akan menggunakan perkhidmatan itu malah jumlahnya dijangka akan meningkat pada 5 Februari.

Justeru itu, Azfar menasihatkan orang ramai yang akan menggunakan perkhidmatan itu untuk melakukan persediaan awal seperti mendapatkan kad Komuter Link lebih awal dari tarikh perjalanan.

Selain kad tersebut, pengguna juga boleh menggunakan kad Touch ‘n Go dengan jumlah baki yang cukup agar perjalanan lebih lancar dan dapat mengurangkan kesesakan di stesen berkenaan.

“Pihak KTMB juga ingin mengingatkan semua pengguna yang bakal mengunjungi Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves diwajibkan memakai pelitup muka semasa berada di dalam tren seperti mana arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan pada masa ini,” jelasnya.

Bagi mendapatkan sebarang informasi berhubung jadual tren anda boleh melawati di media sosial KTMB, laman sesawang atau melalui aplikasi MyRailtime KTMB.

Namun melalui semakan kami di Facebook KTMB mendapati tawaran tersebut melibatkan 26 stesen.

“KTM Komuter akan menyediakan perkhidmatan tanpa henti ke Stesen Batu Caves sempena perayaan Thaipusam 2023. Sebanyak 26 stesen yang terpilih juga akan turut beroperasi 24 jam.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.