fbpx
Now Reading
“Saya Sangat Kecewa” – UMNO Gantung Keahlian Noh Omar 6 Tahun [Video]

“Saya Sangat Kecewa” – UMNO Gantung Keahlian Noh Omar 6 Tahun [Video]

Noh Omar bagaimanapun mendakwa beliau sudah dipecat dari UMNO.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) hari ini (27 Januari) memutuskan menggantung keahlian bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar daripada parti itu selama enam tahun.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu kepada media selepas menghadiri mesyuarat MKT yang diadakan di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur sebentar tadi.

Mesyuarat MKT yang berlangsung di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Jumaat (27 Januari)

Menerusi video yang dikongsikan Bernama, Noh yang dilihat begitu kecewa dengan keputusan tersebut turut mempersoalkan tindakan MKT memandangkan dia seharusnya dipanggil Lembaga Disiplin pada 30 Januari.

“Saya sangat kecewa dan terkejut apabila Presiden UMNO umumkan bahawa saya digantung enam tahun. Ini undang-undang hantu mana ni?

“Sedangkan saya telah mendapat surat dari lembaga disiplin UMNO untuk saya hadir pada 30 Januari ini.”

Noh Omar dakwa sudah dipecat

Memetik MalaysiaKini pula, Noh mendakwa beliau sudah pun dipecat keanggotaannya.

“Buat apa gantung saya? Sebaliknya saya minta presiden (Ahmad Zahid) pecat saja saya.

“Presiden bersetuju dengan permintaan saya dan kata saya telah dipecat dengan serta-merta,” katanya.

Dalam pada itu,  Naib Presidem UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika ditemui berkata, parti itu terpaksa membuat keputusan yang sukar memandangkan mereka kerap berdepan isu disiplin kebelakangan ini.

Ketika ditanya sama ada keputusan yang dibuat malam ini adalah sebulat suara, beliau berkata ia berdasarkan input daripada lembaga disiplin.

Setakat artikel ini ditulis, mesyuarat MKT Umno masih lagi berlangsung.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.