fbpx

UMNO Pecat KJ, Gantung Hishammuddin & Shahril Hamdan 6 Tahun

Menurut Ahmad Maslan, UMNO memecat KJ dan Noh Omar kerana melakukan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

UMNO hari ini memecat bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) selain menggantung keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Selain KJ, seorang lagi tokoh politik UMNO, Tan Sri Noh Omar yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor turut dipecat oleh parti tersebut.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi satu kenyataan media berkata, kedua-dua mereka dipecat ekoran dari pelanggaran disiplin di bawah Perlembagaan UMNO sewaktu Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

UMNO turut menggantung Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif.

“Ahli UMNO yang digantung hak-haknya dalam parti selama 6 tahun ialah YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Saudara Shahril Sufian Hamdan.

“Selain itu yang turut dipecat ialah 5 orang ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, 9 orang ahli UMNO Bahagian Putrajaya, 2 orang ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli UMNO dari negeri Pahang.

“Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU-15,” kata Ahmad Maslan dalam satu kenyataan.

Khaled ganti Hasni terajui UMNO Johor

Dalam pada itu Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad turut digugurkan daripada jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor.

Jawatan tersebut kini digalas oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.