fbpx
Now Reading
Bekas Hakim Terkemuka, Gopal Sri Ram Meninggal Dunia

Bekas Hakim Terkemuka, Gopal Sri Ram Meninggal Dunia

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu sebelum ini telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta sekitar dua minggu lalu bagi mendapatkan rawatan akibat jangkitan paru-paru.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Timbalan Pendakwa Raya Kanan (TPR), Datuk Seri Gopal Sri Ram dilaporkan meninggal dunia hari ini, 29 Januari pada usia 79 tahun.

Menurut FMT, pemergian bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu disahkan oleh kenalan rapat mendiang sendiri.

DIfahamkan Gopal telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di ibu negara sekitar dua minggu lalu bagi mendapatkan rawatan akibat jangkitan paru-paru.

Sebagai info, Gopal Sri Ram merupakan Timbalan Pendakwa Raya Kanan bagi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga merupakan pendakwa utama bagi kes rasuah projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion melibatkan isteri Najib iaitu DatinSeri Rosmah Mansor.

Mendiang yang berusia 79 tahun merupakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum mengumumkan persaraannya pada Februari 2010.

Sebelum mengendalikan Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi di negara ini, mendiang berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan selama 15 tahun.

Gopal Sri Ram yang lahir pada 16 Ogos 1943 cukup dikenali sebagai seorang hakim yang adil dan pantas dalam membuat penghakiman secara lisan.

Malah beliau juga adalah peguam pertama dari firma swasta yang telah dilantik terus ke Mahkamah Rayuan sewaktu ia diwujudkan pada 1994.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.