fbpx

Insiden Jeti Roboh Libatkan Murid Sekolah Di Semporna, Sabah Undang Sebak Netizen [Video]

Di dalam video tersebut, jelas kelihatan para guru dan orang awam di jeti Pulau Pababag, Semporna itu sedang bertungkus-lumus menyelamatkan kanak-kanak yang rata-ratanya berpakaian seragam sekolah rendah yang masih berada di dalam air.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak pagi tadi, tular di media sosial video memperlihatkan sekumpulan murid sekolah dan guru terjatuh ke laut di Sabah.

Menerusi perkongsian di Twitter oleh seorang pengguna, Jonathan insiden tersebut dipercayai berlaku disebabkan jeti roboh di Pulau Pababag, Semporna awal pagi tadi (30 Januari 2023).

Di dalam video tersebut, jelas kelihatan para guru dan orang awam bertungkus-lumus menyelamatkan kanak-kanak yang rata-ratanya berpakaian seragam sekolah rendah yang masih berada di dalam air.

Ada yang didukung serta ditarik ke tepi jeti dan ada juga yang dialihkan ke atas bot. Kedengaran juga tangisan para pelajar yang ketakutan dan terkejut dengan apa yang berlaku.

Info sama turut dikongsikan Malaysia Gazette menerusi satu video di akaun media sosial mereka.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi di mana majoriti pengguna media sosial menzahirkan kebimbangan mereka terhadap nasib kanak-kanak berkenaan.

Ramai yang turut berasa hiba dengan apa yang terjadi dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera di atas apa yang terjadi.

Malah ada yang meminta wakil rakyat untuk turun padang dan membantu menaik taraf jeti tersebut bagi mengelakkan insiden sama berulang.

“Nampak banyak buku teks diikat”

“Kita di sini banyak kemudahan tapi masih tak bersyukur”

Tiada maklumat tentang mangsa yang terlibat

Setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang maklumat tentang mangsa yang terlibat. Kami akan mengemaskini artikel ini jika terdapat sebarang info tambahan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.