fbpx
Now Reading
Lelaki Pukul Isteri Dengan Helmet Sudah Ditahan Polis, Rupanya Tak Benarkan Isteri Bekerja [Video]
pukul isteri

Lelaki Pukul Isteri Dengan Helmet Sudah Ditahan Polis, Rupanya Tak Benarkan Isteri Bekerja [Video]

Ketua Polis Daerah Gua Musang turut mengesahkan lelaki yang memukul isterinya itu positif dadah jenis methaphetamine.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan dua individu yang dipercayai merupakan pasangan suami isteri sedang bertengkar di tepi jalan berhadapan sebuah gerai makanan.

Menerusi video tersebut, kedengaran si suami meninggikan suara kepada wanita berkenaan sebelum bertindak memukul wanita itu dengan menggunakan topi keledar dan menolaknya.

Video itu kemudian menjadi perhatian di kalangan pengguna media sosial yang kurang senang dengan tindakan lelaki berkenaan.

Lelaki pukul isteri ditahan polis

Terbaharu, pihak polis mengesahkan telah berjaya menahan lelaki berkenaan di sebuah rumah di RKT Kesedar Paloh 2, Gua Musang Kelantan pada 28 Januari lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo memaklumkan lelaki yang berusia 35 tahun itu telah ditahan jam 2.30 petang pada Sabtu (28 Januari) lalu.

Berlaku salah faham kerana tak benarkan isteri bekerja

Jelasnya, lelaki yang bekerja sendiri itu mengaku bertindak memukul wanita yang merupakan isterinya selepas berlaku perselisihan faham di antara mereka.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek tidak menjumpai apa-apa barang salah, namun air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis methaphetamine.

“Siasatan mendapati wanita berusia 35 tahun itu adalah isteri kepada suspek.

“Supsek mendakwa berlaku perselisihan faham kerana tidak membenarkan isterinya bekerja dan menyuruh mangsa menjaga ibunya yang sedang sakit,” ujarnya.

Topi keledar dirampas polis

Menurutnya, pihak polis turut merampas alat yang digunakan untuk memukul isterinya iaitu sebuah topi keledar berwarna merah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek direman selama empat hari bermula 29 Januari sehingga 1 Februari ini untuk siasatan lanjut,” jelasnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.