Rasmus Paludan Terus Bakar Al-Quran, Kali Ini Depan Kedutaan Rusia Di Denmark [Video]

Aktivis anti-Islam, Rasmus Paludan sekali lagi mencetuskan provokasi apabila bertindak membakar kitab suci al-Quran.

Kali ini Paludan yang juga pelampau sayap kanan Sweden-Denmark membuat perbuatan bodoh dan terkutuk itu di hadapan Kedutaan Rusia di Denmark pada Ahad (29 Januari) selepas berbuat perkara sama berhampiran kedutaan Turkiye sehari sebelumnya.

Menurut Paludan, dia bertindak sedemikian sebagai respon terhadap kecaman yang dilakukan bintang UFC kelahiran Chechnya, Khamzat Chimaev.

Dia dengan riaknya turut memuat naik video upacara membakar kitab suci itu di laman Instagram.

“Amat memalukan apabila Khamzat Chimaev menghina saya. Jadi saya memutuskan untuk membakar sebuah al-Quran sebagai ‘tanda hormat’ di hadapan kediaman Duta Besar Rusia di Denmark.

“Adakah Khamzat akan terus berkelakuan buruk seperti Ramzan Kadyrov? Perlukah saya mengajar mereka tentang adab,” tulisnya dengan angkuh.

Di dalam video tersebut dia turut menyifatkan perbuatan membakar al-Quran itu tidak akan terjadi jika mereka berkelakuan baik.

“Quran ini sedang dibakar, ini salah Khamzat yang merupakan ahli gusti kelahiran Chechnya dan pemimpinnya.”

Dia menerusi satu lagi hantaran turut berkongsi video sewaktu membakar Quran di Kedutaaan Turkiye.

“Saya telah membakar buku (al-Quran) di hadapan Kedutaan Turkiye,” tulisnya.

Terdahulu tindakan Paludan bukan sahaja menimbulkan kemarahan umat Islam secara global, malah dikecam pemimpin dan ahli politik dari negara-negara pelbagai negara termasuk Malaysia.

Bahkan Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson turut menyelar Paludan dan menyifatkan tindakannya adalah sebagai ‘sangat biadab’.

Ramai yang kemudiannnya melancarkan demonstrasi bagi memprotes tindakan bodohnya itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai respon balas turut memaklumkan Malaysia akan mencetak dan mengedarkan satu juta naskhah al-Quran ke seluruh dunia.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago