fbpx
Now Reading
“Saya Masih Mahu Terbabit Dalam Politik”- KJ Perlu Masa & Hati-hati Sebelum Buat Keputusan
KJ tak nak terburu-buru

“Saya Masih Mahu Terbabit Dalam Politik”- KJ Perlu Masa & Hati-hati Sebelum Buat Keputusan

Menurut KJ, beliau memerlukan masa dan tidak mahu terburu-buru membuat keputusan dan mahu melihat tawaran serta peluang diberikan dari pelbagai pihak terlebih dahulu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 28 Januari lalu, UMNO telah bertindak memecat bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) berikutan pelanggaran disiplin di bawah perlembagaan parti berkenaan ketika Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

Selain KJ antara yang turut dipecat adalah bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar, manakala empat lagi pemimpin digantung keahliannya iaitu Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Shahrul Sufian Hamdan, Datuk Maulizan Bujang dan juga Datuk Seri Mohd Salim Sharif.

Susulan dari pemecatan itu, banyak pihak dari parti-parti lain telah mula mempelawa bekas Menteri Kesihatan berkenaan untuk menyertai mereka sekiranya beliau masih mahu terlibat di dalam politik.

Baca artikel berkaitan: UMNO Pecat KJ, Gantung Hishammuddin & Shahril Hamdan 6 Tahun

Masih mahu terlibat dalam politik, maklum takkan buat rayuan pemecatan

Terbaharu, KJ mengesahkan bahawa beliau masih mahu terlibat dalam bidang politik meskipun telah dipecat oleh UMNO selain memaklumkan tidak akan membuat rayuan bagi pemecatan terhadap dirinya.

Ini kerana beliau masih beranggapan dirinya merupakan ahli parti berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro, jelas KJ ia adalah sukar buatnya bagi meninggalkan bidang politik memandangkan telah berkecimpung selama 23 tahun.

“Politik ini hal yang serius.. saya masih mahu terbabit dalam politik. Bila dan di mana saya akan kembali dalam barisan hadapan politik, itu saya memerlukan sedikit masa.

“Saya memerlukan masa untuk bergerak ke hadapan. Saya kena melihat kepada realiti, dan ia perlu dilakukan dengan berhati-hati,” ujarnya dalam sebuah program ‘Breakfast Grille’ di radio BFM pada pagi (30 Januari) tadi.

Akan buat pertimbangan parti mana yang boleh memberikan tawaran sesuai dengan wawasannya

Ketika ditanya adakah akan menyertai mana-mana parti politik lain dan kriteria manakah yang menjadi pilihannya, bekas Ahli Parlimen Rembau itu menyatakan beliau perlu membuat pertimbangan parti manakah yang boleh memenuhi wawasannya kepada negara.

Selain itu antara yang menjadi pertimbangannya termasuklah parti yang manakah boleh memberikan inklusif, dan pentadbiran yang baik, progresif dan kukuh, selesa serta sesuai dengan kemahuannya.

“Sudah tentu menyertai parti baharu, kita akan berasa sedikit janggal pada mulanya, tambahan pula bagi menyakinkan parti itu.

“Inilah politik terkait dengan pemujukan orang dan sekali lagi, ia perlu sesuai dengan wawasan saya dan bukannya terkait isu mengambil kesempatan serta merebut peluang sahaja,” ucapnya lagi.

Dipelawa PN untuk sertai parti

Terdahulu, KJ turut mendapat pelawaan dari Perikatan Nasional (PN) bagi menyertai parti berkenaan, termasuklah parti komponennya membabitkan Bersatu dan juga Gerakan.

Disoal berhubung pertemuannya bersama dengan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan juga Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar yang diandaikan mungkin akan menyertai parti berkenaan, KJ memaklumkan dia menerima banyak jemputan pada minggu ini.

“Saya akan pergi berjumpa dengan yang sudi dan mahu bertemu dengan saya. Saya ada banyak jemputan makan tengah hari, minggu ini.

“Saya akan berjumpa dan mendengar apa yang orang mahu katakan tetapi mesej saya jelas, tidak mahu terburu-buru membuat keputusan. Jadi, bagi saya masa,” jelasnya lagi.

Belum putuskan sertai parti berasaskan kaum atau pelbagai kaum

Mengenai parti manakah menjadi pilihan selepas ini sama ada ia berasaskan kaum atau parti politik yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia, KJ memaklumkan beliau sudah menganggotai parti berasaskan kaum selama 23 tahun. Di mana ia turut mempunyai kerjasama dengan parti pelbagai kaum lain bersama Barisan Nasional (BN).

Berhubung parti mana pilihan adakan berasaskan kaum atau sebaliknya, KJ menyatakan perlu fahami beliau sebelum ini sudah 23 tahun menyertai parti berasaskan kaum, yang turut mempunyai kerjasama dengan parti pelbagai kaum lain menerusi Barisan Nasional (BN).

“Jadi, satu yang dinamik antara UMNO dan BN, begitu juga dalam Pakatan Harapan (PH) yang dikatakan mewakili pelbgai kaum tetapi realiti berasaskan parti mengikut kaum.

“Sama ada saya akan menyertai parti berasaskan kaum atau pelbagai kaum, itu masih belum diputuskan,” katanya.

Boleh difikirkan untuk tubuhkan parti baharu

Ditanya sama ada beliau mempunyai perancangan untuk menubuhkan parti baharu, KJ berpendapat ianya mungkin boleh difikirkan, tetapi mahu melihat tawaran dan peluang dari pelbagai pihak dahulu.

“Macam saya katakan tadi, bagi masa kepada saya untuk mendengar apa orang hendak kata dan tawarkan terlebih dahulu,” ucapnya.

Jelasnya lagi, beliau belum tahu sama ada akan kembali kepada UMNO atau sebaliknya kerana keputusan itu memerlukan masa yang panjang untuk difikirkan.

“Saya percaya untuk kembali kepada UMNO, sudah tentu ia bukan ketika parti ini sekarang… ia sudah tentu entiti yang berbeza dengan kepimpinan yang lain,” maklum KJ lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.