fbpx
Now Reading
15,000 Restoran Tawar Menu Rahmah, Hidangan Makanan RM5 Kepada B40 Bermula 31 Januari
Menu Rahmah RM5

15,000 Restoran Tawar Menu Rahmah, Hidangan Makanan RM5 Kepada B40 Bermula 31 Januari

Jelas Menteri KPDN itu menerusi insiatif ini ia dapat membantu golongan B40 untuk membeli makanan di restoran dengan kadar harga yang berpatutan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bermula 31 Januari ini, lebih dari 15,000 restoran akan mula menawarkan Menu Rahmah bagi hidangan makanan tengah hari atau makan malam dengan harga serendah RM5 kepada golongan B40.

Usaha ini selaras dengan pelancaran inisiatif Menu Rahmah yang diadakan oleh kerajaan pada Selasa (31 Januari) di mana ia untuk memastikan golongan B40 dapat membeli makanan pada kadar harga berpatutan.

Supaya tidak ada golongan B40 tak mampu beli makanan

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan dari inisiatif ini ia dapat membantu golongan B40 yang tidak berkemampuan untuk membeli makanan di restoran.

“Lebih 15,000 restoran daripada tujuh persatuan pengusaha makanan dan minuman memberi komitmen mereka untuk menyediakan Menu Rahmah di premis masing-masing.

“Saya harap selepas ini, dapatlah golongan ini membeli makanan dan tidak lagi kelaparan kerana tidak mampu membeli makanan di restoran,” ujarnya dipetik dari BH.

Antaraya pihak yang akan menyertai inisitif ini adalah pasar raya MYDIN bersama ribuan premis makanan dari :

  • Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA)
  • Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS)
  • Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia

Bagi mengenal pasti premis terlibat, pengusaha kedai makan akan meletakkan pelekat yang mempunyai simbol Menu Rahmah.

Antara makanan yang ditawarkan Mydin Untuk Menu Rahmah

Tambah beliau, Menu Rahmah pada asalnya merangkumi hidangan nasi, ayam atau ikan dan sayur sahaja.

Namun ada pengusaha makanan lebih kreatif menghasilkan menu lain dengan harga RM5 ke bawah seperti nasi paprik, rojak, roti John, shawarma dan sebagainya dengan semua inisiatif berkenaan akan diselesaikan paling lewat akhir Mac ini.

Yakin golongan yang mampu tidak akan ambil kesempatan Menu Rahmah

Menurut Salahuddin, kementeriannya juga yakin bahawa tidak ada pihak yang berkemampuan akan mengambil kesempatan terhadap inisiatif ini dengan membeli Menu Rahmah yang ditawarkan khas kepada golongan B40.

“Pelanggan boleh beritahu bahawa mereka ingin Menu Rahmah. KPDN dengan kerjasama semua premis yang menyertai inisiatif ini akan meletakkan pelekat yang mempunyai simbol Menu Rahmah.”

Sebelum ini, Menteri KPDN itu tidak melepaskan peluang untuk melakukan tinjaun mengenai harga barangan di sebuah Pasar Raya Mydin di Subang Jaya selain turut berpuas hati kepada harga dan kualiti barangan yang ditawarkan.

“Rata-rata, kita lihat rakyat bijak memilih barangan yang berkualiti dengan harga berpatutan sebelum membelinya,” ucapnya lagi.

Mydin cadang lakukan subsidi bersasar untuk untungkan rakyat

Malah Salahuddin sempat melihat bekalan telur dan minyak masak bersubsidi yang pasar berkenaan.

“Pihak pengurusan Mydin ada mencadangkan supaya subsidi bersasar diberi secara terus kepada pengguna kerana cara itu lebih menguntungkan rakyat.

“Kementerian akan mengkaji cadangan ini sebelum membuat apa-apa keputusan mengenainya. Dalam tinjauan ini juga, rakyat memberi maklum balas positif, namun masih mengharapkan bantuan kerajaan untuk mengawal harga barangan dan menampung kos sara hidup,” jelasnya.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin turut menyatakan beliau turut komited dalam memastikan pengusaha makanan di seluruh pasar raya miliknya untuk menyediakan Menu Rahmah selama tiga bulan dan akan diteruskan jika keadaan mengizinkan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.