fbpx
Now Reading
Bengang Difitnah Keluar Berduaan Dengan Lelaki, Bekas Ustazah Pukul Rakan Sekerja Hingga Parah

Bengang Difitnah Keluar Berduaan Dengan Lelaki, Bekas Ustazah Pukul Rakan Sekerja Hingga Parah

Pergaduhan itu berlaku dalam kelas di hadapan murid-murid tahun dua di sekolah berkenaan dengan kedua-duanya saling menarik tudung dan memukul antara satu sama lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita yang juga bekas guru Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) didakwa di Mahkamah Majistret Melaka semalam atas pertuduhan mencederakan seorang ustazah sehingga parah pada tahun lalu gara-gara bangang difitnah keluar berduaan dengan lelaki.

Bagaimanapun, tertuduh Nurul Hidayah Khairuddin, 24, yang masih belum berkahwin mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa

Mengikut pertuduhan, Nurul Hidayah didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Nurul Nadirah Ahmad Ropei, 24, pada pukul 2.40 petang di sebuah kelas Sekolah Rendah Agama (JAIM) Taman Bukit Rambai, Melaka Tengah, pada 28 September 2022.

Susulan itu, wanita terbabit didakwa dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mangsa lapor kepada guru besar, fitnah tertuduh keluar dengan lelaki

Difahamkan, pergaduhan berlaku apabila wanita itu berang dengan mangsa yang memfitnah dirinya keluar berduaan dengan lelaki selain melaporkan hal tersebut kepada guru besar sekolah berkenaan.

Pergaduhan dikatakan berlaku dalam kelas di hadapan murid-murid tahun dua di sekolah berkenaan dengan kedua-duanya saling menarik tudung dan memukul antara satu sama lain.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, J.Banusha mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dikenakan beserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mendekati atau menganggu saksi sehingga kes selesai.

Peguam tertuduh merayu agar jaminan rendah dikenakan

Peguam tertuduh, Mohd. Fahmy Mohd. Sulaiman bagaimanapun merayu agar jaminan yang lebih rendah diberikan dengan alasan wanita itu tidak lagi bekerja selepas kejadian dan mempunyai enam beradik dengan empat daripadanya masih bersekolah.

Mahkamah kemudiannya membenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 13 Mac depan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.