fbpx
Now Reading
Lato-Lato Boleh Mencederakan, Ibu Bapa Cadang Kementerian Larang Permainan Ini Dibawa Ke Sekolah
larang permainan lato lato dibawa ke sekolah

Lato-Lato Boleh Mencederakan, Ibu Bapa Cadang Kementerian Larang Permainan Ini Dibawa Ke Sekolah

Jelas Zainol Abidin permainan lato-lato itu mempunyai ladung yang berat dan sekiranya terkena pada muka pelajar ia boleh mencederakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui permainan lato-lato kini mula menjadi fenomena di kalangan anak muda di negara ini.

Malah permainan ini bukan hanya dimain oleh remaja tetapi turut menjadi perhatian buat kanak-kanak sehingga mereka mula membeli dan bermain permainan berkenaan di merata tempat termasuklah di sekolah.

Bagaimanapun, permainan ini dikatakan sedikit berbahaya kepada kanak-kanak kerana boleh mencederakan disebabkan ladungnya yang berat.

Permainan lato-lato di kalangan pelajar perlu dikawal

Terbaharu, ibu bapa yang bimbang akan keselamatan pelajar khususnya di sekolah rendah berpendapat permainan berkenaan perlu dikawal.

Memetik laporan Berita Harian, Pengerusi Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) Kedah, Zainol Abidin Mohamad menyatakan pihak sekolah serta ibu bapa hendaklah mengawal pelajar dari bermain lato-lato dan melarang permainan itu dari dibawa ke sekolah.

“Permainan lato-lato ini baharu bermula di negara ini, namun kita kesan ia sudah menular ke sekolah. Kita harap ia dikawal terlebih dahulu kerana permainan ini mengeluarkan bunyi bising dan bingit, ia juga wajar dilarang dibawa ke sekolah.

“Apa yang kita bimbang lato-lato ini mempunyai ladung yang berat, jadi jika ia terkena muka pelajar maka akan mencederakan. Disebabkan itu kita harap ibu bapa dan pihak sekolah pantau perkara ini,” ujarnya.

Perlu fokus kepada akademik pelajar

Beliau yang juga Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berpendapat setiap pihak perlu menjalankan peranan masing-masing dalam memberi fokus terhadap kecemerlangan akademik murid selepas berlakunya penularan COVID-19 yang telah menjejaskan prestasi mereka.

“Banyak isu di sekolah sekarang, ada pelajar yang tidak boleh baca lagi di sekolah walaupun sudah masuk Tahun Tiga dan ketiadaan peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) menyebabkan pelajar terlalu leka.

“Ketika ini semua guru bekerja keras mengajar kembali silibus yang ketinggalan ketika penularan COVID-19 dahulu, pelajar pula apabila tidak ada peperiksaan menjadi lalai dan tidak mahu belajar. Jadi kita tak mahu ada gangguan perkara in pula,” jelasnya.

Permainan tersebut mula dikenali di Amerika Syarikat sekitar tahun 60-an dan juga 70-an sehingga ia menjadi kegemaran masyarakat di Indonesia sebelum menjadi terkenal di Malaysia.

ADUN akan lakukan perbincangan bersama JPN Kedah

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Datuk Haji Najmi Haji Ahmad memaklumkan kerajaan negeri akan melakukan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah untuk membincangkan langkah terbaik bagi mengatasi hal berkenaan.

“Setakat ini, saya dimaklumkan tiada larangan permainan ini di sekolah, tetapi saya akan berbincang dengan JPN Kedah. Kita turut bimbang jika ada pelajar cedera akibat permainan ini.

“Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat kepada pelajar menuntut ilmu, jadi kita harap ibu bapa dapat pantau anak mereka termasuk elak permainan ini dibawa ke sekolah,” ucapnya.

@cikgurahimiaziz

Viral sekarang main benda ni.. adik ni la juga sporting saya rasa.. Tahniah dik! 👏🏻🤣🤣#fyp #semporna #latolatoviral

♬ original sound – Cikgu Rahimi Aziz – Cikgu Rahimi Aziz
Video: Sekadar hiasan
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.