fbpx
Now Reading
Lelaki Pukul Isteri Dengan Helmet Dipenjara 15 Bulan
Lelaki pukul isteri guna topi keledar dipenjara

Lelaki Pukul Isteri Dengan Helmet Dipenjara 15 Bulan

Mohd. Shamsuri yang bekerja sebagai buruh itu dijatuhi hukuman penjara selama 15 bulan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular video memaparkan seorang suami yang bertindak memukul isterinya dengan menggunakan topi keledar (helmet) kerana tidak membenarkan wanita berkenaan bekerja.

Lelaki itu kemudian mengaku melakukan perkara tersebut kerana mahu wanita berkenaan menjaga ibunya yang sedang sakit.

Pihak polis kemudian turut mengesahkan bahawa lelaki berkenaan positif dadah jenis methaphetamine.

Baca artikel berkaitan: Lelaki Pukul Isteri Dengan Helmet Sudah Ditahan Polis, Rupanya Tak Benarkan Isteri Bekerja [Video]

Lelaki pukul isteri dengan helmet dipenjara 15 bulan

Terbaharu lelaki berkenaan, Mohd. Shamsuri Rokman Yusuf yang merupakan seorang buruh telah dijatuhi hukuman penjara selama 15 bulan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah dalam masa sama turut memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh dia ditahan pada 28 Januari lepas.

Berlaku kecederaan kepada isteri

Memetik laporan Awani, berdasarkan pertuduhan lelaki itu didakwa secara sengaja telah mengakibatkan kecederaan ke atas isterinya yang berusia 35 tahun dengan bertindak memukul menggunakan topi keledar di bahagian kepala mangsa.

Tindakan berkenaan dilakukan oleh tertuduh dihadapan sebuah kedai makan di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 2, Kelantan pada 25 Januari lalu jam 5 petang.

Dia didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh minta hukuman ringan, sebaliknya diberikan hukuman setimpal

Sebelum ini, lelaki berusia 35 tahun itu turut membuat rayuan hukuman ringan disebabkan perlu bekerja serta menjaga ibu dan lima orang anak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad telah meminta mahkamah untuk memberikan hukuman setimpal kepada Mohd. Shamsuri sebagai pengajaran.

Lelaki berkenaan turut diwakili oleh seorang peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) iaitu Ahmad Firdaus Abdul Hamid.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.