fbpx

Berpantang Maut Sebelum Ajal! Kanak-Kanak 6 Tahun Nyaris Terkorban Dalam Kolam Kumbahan [Video]

Pihak bomba yang bergegas ke lokasi kejadian ternampak tangan mangsa sedang melambai-lambai di permukaan kolam sebelum berjaya dibawa naik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berpantang maut sebelum ajal, begitulah perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan seorang kanak-kanak yang nyaris lemas di dalam sebuah kolam kumbahan.

Kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun itu dihanyutkan oleh arus deras dari sebuah parit ke kolam kumbahan di Taman Sejati Indah, Sungai Petani semalam (1 Februari).

Ibu kejar anak yang hanyut sejauh 15 meter

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 5 petang itu disedari oleh ibu kanak-kanak terbabit yang berlari mengejar anaknya sejauh 15 meter sambil menjerit meminta pertolongan.

Difahamkan, kejadian terjadi apabila kanak-kanak yang dikenali sebagai Mohd Ariff itu sedang bermain di kawasan longkang terletak di hadapan rumahnya bersama seorang lagi rakan sebelum hujan lebat.

Berjaya diselamatkan oleh anggota bomba yang bergegas ke lokasi

Mangsa yang hanyut sehingga ke kolam kumbahan yang dipenuhi pokok keladi bunting itu kemudiannya berjaya diselamatkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Tikam Batu.

Ketua BBP Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Syukri Hashim berkata, dia bersama tujuh anggotanya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Nampak tangga mangsa melambai-lambai di permukaan kolam

Menurutnya, setiba di lokasi tersebut, mereka ternampak tangan mangsa sedang melambai-lambai di permukaan kolam.

“Anggota terus terjun ke dalam kolam dan berjaya membawa naik kanak-kanak itu sebelum dia diberikan rawatan awal,” katanya.

Jelasnya lagi, kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik sebelum segera dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan susulan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.