fbpx
Now Reading
Muhyiddin Yassin Umumkan Kabinet Bayangan PN

Muhyiddin Yassin Umumkan Kabinet Bayangan PN

Berdasarkan Jawatankuasa Portfolio itu, Muhyiddin memegang jawatan sebagai Ketua Ahli Parlimen manakala Abdul Hadi sebagai timbalannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perikatan Nasional (PN) telah mengumumkan barisan ‘kabinet bayangan’ mereka yang akan menyelaraskan pengurusan parti gabungan itu di Parlimen sebagai pihak pembangkang.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas berakhir Pemukiman Ahli Parlimen parti tersebut pada hari ini (2 Februari).

Kata Muhyiddin, PN bersetuju dengan cadangan Sekretariat Ahli Parlimen PN agar diwujudkan Jawatankuasa Portfolio Ahli Parlimen.

“Jawatankuasa Portfolio pembangkang ini diberikan kepada Ahli Parlimen kita yang ada kemahiran dan pengalaman dalam kerajaan serta latar belakang yang lalu dalam bidang masing-masing,” katanya dalam sidang media selepas penutupan Pemukiman Ahli Parlimen PN.

Muhyiddin sandang jawatan Ketua Ahli Parlimen, Abdul Hadi timbalannya

Berdasarkan Jawatankuasa Portfolio itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh memegang jawatan sebagai Ketua Ahli Parlimen manakala Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai timbalannya.

Manakala Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kekal sebagai Ketua Pembangkan.

Selain itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai portfolio untuk Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, sementara Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin diberikan tugas penting iaitu portfolio kewangan dan ekonomi.

Hamzah dalam satu kenyataan di Facebook berkata, PN membuat akujanji untuk menjadi pembangkang yang bertanggungjawab, berkesan, efektif, berwibawa serta berintegriti tinggi.

“Portfolio ini adalah tanggungjawab berkumpulan. Ketua-Ketua Portfolio akan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Portfolio yang terdiri daripada Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional yang lain.

“Perikatan Nasional yakin dengan pengalaman serta komitmen kesemua Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional ini, yang akan melangkah secara sederap sebagai sebuah pasukan, tugas kami untuk melakukan check and balance, benar-benar kukuh dan ampuh.”

Senarai Jawatankuasa Portfolio ahli dewan rakyat PN

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Datuk Idris Ahmad

Kementerian Dalam Negeri: Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Saifuddin Abdullah

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Dr Shahidan Kassim

Kementerian Belia dan Sukan: Ahmad Fadhli Shaari

Kementerian Luar Negeri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi): Datuk Mas Ermiryati Samsudin

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Datuk Rosol Wahid

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas): Datuk Ali Anak Biju

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Muslimin Yahaya

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan: Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya: Datuk Mohd Suhaimi Abdullah

Kementerian Pertahanan: Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz

Kementerian Sumber Manusia: Datuk Awang Hashim

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.