fbpx
Now Reading
“Sangat Biadap!” – Lelaki Baling Botol Arak Dari Balkoni Rumah Kini Diburu Polis [Video]

“Sangat Biadap!” – Lelaki Baling Botol Arak Dari Balkoni Rumah Kini Diburu Polis [Video]

Polis juga berharap kerjasama dari orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut tampil bagi membantu siasatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (2 Februari) tular di media sosial video tindakan biadap seorang lelaki yang membaling botol arak dari balkoni sebuah apartment di Kuala Lumpur.

Susulan itu ramai mengecam tindakannya yang bukan sahaja tiada kesedaran sivik malah membahayakan. Ramai yang turut meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

Polis sudah mengenal pasti identiti lelaki terbabit

Terkini, pihak polis sudah mengenal pasti identiti pemuda terbabit yang sengaja melakukan tindakan sedemikian di sebuah kediaman di Jalan Cendana, Kampung Baru.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, Bahagian Siasatan Jenayah (BSI) di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi sudah mengenal pasti lelaki terbabit dan tindakan pengesanan sedang dijalankan.

“Sehubungan itu, kerjasama dari orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Penelitian mendapati, perbuatan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (3 Februari).

Lelaki baling botol arak ke arah jalan raya

Terdahulu, video tular terbabit dimuat naik di laman TikTok akaun @ridzplayer yang memaparkan tindakan biadap seorang pemuda berbaju warna kelabu membaling botol arak jenis kaca ke arah jalan raya yang sesak.

Namun, video tersebut sudah terhapus kerana melanggar ‘community guidline’ yang ditetapkan oleh TikTok.

Bagaimanapun video tersebut sempat dikongsi di akaun Twitter @redzuanNewsMPB.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.