fbpx
Yakin nurul izzah tak salah guna kuasa

Anwar Ibrahim Yakin Nurul Izzah Tidak Akan Salah Guna Kuasa

Menurut Perdana Menteri, pelantikan jawatan yang disandang oleh anak sulungnya itu adalah kerana kepakaran yang dimiliki oleh Nurul Izzah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada minggu lalu, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bertindak melantik anak sulungnya iaitu Nurul Izzah untuk menjadi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan yang berkuat kuasa pada 3 Januari lepas.

Pelantikan itu bagaimanapun telah mendapat pelbagai reaksi di mana ramai dilihat mempertikaikan jawatan yang diberikan kepada anaknya itu sehingga ada yang mengatakan ia adalah satu nepotisme.

Baca artikel berkaitan: “Lantikan Nurul Izzah Bukan Nepotisme” – Anwar Ibrahim

Lantik kerana kepakaran, yakin Nurul Izzah tak akan salah guna jawatan

Terbaharu, Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan melantik Nurul Izzah dan menyatakan beliau yakin anak sulungnya itu tidak akan menyalahgunakan jawatan yang diberikan.

Memetik laporan Kosmo, beliau menyatakan pelantikan Nurul Izzah kerana kepakaran yang dimiliki oleh bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang mana jawatan tersebut perlu untuk mengkritik dan meneruskan agenda tadbir urus yang baik.

“Tidak ada kemungkinan (Nurul Izzah) menggunakan kedudukan itu untuk mengumpul kekayaan dan mempengaruhi keputusan mengenai tender, kontrak atau projek,” jelasnya.

Tegaskan Nurul Izzah tidak dapat elaun

Perkara itu dijelaskan oleh beliau dalam satu sidang media yang dilakukan di Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas diminta untuk mengulas tentang kontroversi yang mengaitkan pelantikan tersebut dengan amalan nepotisme.

Anwar dalam masa sama, turut menegaskan bahawa Nurul Izzah turut tidak menerima sebarang elaun meskipun dilantik menjadi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.