fbpx
Now Reading
KJ Ditawarkan Bertanding PRN Selangor, Jadi Menteri Besar Jika Menang

KJ Ditawarkan Bertanding PRN Selangor, Jadi Menteri Besar Jika Menang

KJ juga menyifatkan PRN Selangor ini merupakan “peluang baik” buat dirinya tetapi belum beri jawapan sama ada sudah bersedia atau tidak untuk berdepan satu lagi pilihan raya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilaporkan sedang dalam pertimbangan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Menurut laporan Malaysia Kini yang memetik The Star, Khairy Jamaluddin juga ditawarkan sebagai Menteri Besar Selangor sekirannya beliau memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Tidak menyebut mana-mana parti yang beri tawaran itu pada KJ

Bagaimanapun, laporan itu tidak menyebut mana-mana parti politik tertentu yang dikatakan memberi tawaran tersebut pada bekas Ahli Parlimen Rembau itu.

“Terdapat perbincangan dengan beberapa pihak dan terdapat juga perbincangan mengenai peranan,” kata Khairy dalam pertemuan dengan Kelab Concorde iaitu kumpulan tidak rasmi pengarang dan wartawan kanan yang diketuai oleh Wong Chun Wai dari The Star.

KJ belum memutuskan lagi mengenai tawaran itu

Pada masa sama, Khairy berkata beliau belum memutuskan lagi untuk bertanding dalam PRN Selangor yang akan diadakan pada tahun ini.

“Sekiranya saya membuat keputusan untuk tidak bertanding pilihan raya negeri, maka saya akan mempunyai lebih banyak masa untuk memutuskan platform politik yang saya pilih sebagai babak seterusnya dalam perjalanan politik saya.

“Jika saya mahu menyertai PRN, saya perlu membuat keputusan dalam beberapa bulan akan datang ke arah mana saya akan pergi,” katanya.

Selain itu, Khairy juga menyifatkan PRN ini merupakan “peluang baik” buat dirinya tetapi belum memberi jawapan sama ada sudah bersedia atau tidak untuk berdepan satu lagi pilihan raya.

KJ tewas di Parlimen Sungai Buloh semasa PRU15

Sebelum ini, semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Khairy yang mewakili parti Barisan Nasional telah tewas kepada pesaingnya, Datuk R Ramanan dari Pakatan Harapan.

Jelasnya lagi, beliau tidak berhasrat untuk menubuhkan parti baru kerana keadaan politik di Malaysia pada masa kini sudah agak ‘tepu’.

“Pasaran (politik) agak tepu dan saya lihat mungkin tiada ruang untuk parti baharu di Malaysia.

“Walaupun ia satu pilihan, tidak mungkin (tubuh parti baharu),” kata KJ.

Terdahulu, Khairy dipecat daripada UMNO pada 28 Januari lalu tanpa sebarang alasan rasmi dan hanya didakwa telah melakukan pelanggaran disiplin semasa PRU tahun lalu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.