fbpx
Now Reading
Pemandu Lori Cuba Rempuh Orang Ramai Di Luar Kedai Makan Ditahan Polis
Pemandu lori ditahan polis

Pemandu Lori Cuba Rempuh Orang Ramai Di Luar Kedai Makan Ditahan Polis

Menurut ACP Nanda Maarof, suspek sengaja mengundur dan cuba untuk merempuh seorang penunggang motosikal di kawasan tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan tindakan seorang pemandu lori yang cuba untuk merempuh orang ramai yang sedang berada di bahagian luar sebuah kedai makan di Taman Permai 3, Seremban, Negeri Sembilan.

Menerusi video tersebut, kedengaran orang ramai yang berada di kawasan berkenaan memarahi pemandu lori terbabit dan memintanya untuk beredar selepas dia mengundurkan kenderaannya dengan laju dan bahaya.

Polis tahan pemandu lori ditahan, mengaku sengaja undurkan lori

Terbaharu, pihak polis mengesahkan bahawa lelaki itu telah berjaya ditahan semalam (6 Februari).

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Nanda Maarof memaklumkan individu berumur 46 tahun terbabit ditahan pada jam 8 malam.

“Hasil siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam Sabtu (5 Februari) lalu dan suspek mengaku sengaja mengundur lori dipandu dan cuba merempuh seorang penungggang motosikal di lokasi kejadian.

“Kejadian itu bagaimanapun sempat dirakam dan tular di media sosial. Berdasarkan siasatan awal, tindakan berpunca pertengkaran kecil dan rasa tidak puas hati terhadap penunggang motosikal berkenaan,” jelasnya.

Menurut beliau, dalam insiden itu tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

“Saringan awal ujian air kencing mendapati suspek negatid mengambil dadah. Suspek kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.