fbpx
Now Reading
6 Maut & 9 Cedera, Van Persiaran Terbabas Langgar Penghadang Jalan Ketika Turun Dari Genting Highlands

6 Maut & 9 Cedera, Van Persiaran Terbabas Langgar Penghadang Jalan Ketika Turun Dari Genting Highlands

Menurut Komander Operasi PKPgB Mohd Saufi Bin Zakaria, pihak bomba terpaksa menggunakan peralatan ‘Rescue Tools’ untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah van yang dalam perjalanan menuruni Genting Highlands dilaporkan terbabas di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands, Pahang pada hari ini (8 Februari).

Kemalangan itu menyebabkan enam maut manakala sembilan orang lagi mengalami kecederaan dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu.

Van dinaiki 15 orang terbabas dan melanggar penghadang jalan

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, van yang dinaiki 15 orang itu terbabas sebelum melanggar penghadang jalan ketik dalam perjalanan menuruni Genting Highlands.

“Seramai enam orang yang terdiri daripada lima perempuan dewasa dan satu lelaki dewasa meninggal dunia manakala mangsa lain mengalami kecederaan,” katanya hari ini.

Kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital

Jelasnya lagi, kesemua mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Semua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital.”

Penolong Pengarah (Operasi) JBPM, Ismail Abdul Ghani

Pada masa sama, menerusi hantaran di laman Facebook Bomba & Penyelamat Negeri Pahang, Komander Operasi PKPgB Mohd Saufi Bin Zakaria berkata pihak bomba terpaksa menggunakan peralatan ‘Rescue Tools’ untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.